Thursday, April 10, 2008

Progres Tapak Pada 10 April 08


Pemandangan Panorama (di
ambil pada Khamis 10 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja formworks bagi 1st floor slab hampir siap. Stok baru tetulang besi sampai di tapak pada Jumaat 04 April 08. Kerja pemasangan tetulang besi dan BRC dijalankan 50%. Kerja M&E sedang dijalankan.


BLOK B
Kerja pemasangan tetulang besi bagi 3rd floor columns dalam progres dengan penghantaran baru tetulang besi pada Jumaat 04 April 08. Kerja lain adalah kerja plumbing, pemasangan kabel elektrik dsbg.


Pemeriksaan kerja bata oleh Akitek Razman Ramli pada Rabu 09 April 08


Pressure test dijalankan bagi memastikan tiada kebocoran pada paip air

BLOK C
Kerja konkrit dijalankan pada pada liftwall 2nd floor pada Selasa 08 April 08. Kerja bata sedang dijalankan. Formworks bagi 3rd floor slab sedang dijalankan.


BLOK D
Kerja M&E bagi baki 1st floor slab sedang dijalankan dan dijangka baki terakhir 1st floor slab akan dikonkrit dalam masa terdekat. Kerja tiang 1st floor sedang dijalankan pada kawasan 1st floor slab yang telah dikonkrit.


BLOK E
Kerja ground floor columns sedang dijalankan.


BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja konkrit tiang telah dijalankan pada Rabu 09 April 08.


Nota:
-stor paskal hanya tinggal kerja pemasangan elektrik sahaja. Lain-lain telah disiapkan dan dijangka akan diserah pada end-user dalam masa terdekat ini. Walaubagaimana pun kerja tanah di PASKAL masih belum berjalan begitu juga kerja tanah di cerun belakang Blok D.

-Kerja RC di semua blok yang tergendala akibat ketiadaan besi telah berjalan kembali dengan penghantaran stok baru tetulang besi pada Jumaat 04 April 08

1 comment:

Primus said...

Salam sejahtera,

Saya bimbang dengan slope di belakang blok D dan PASKAL kerana prone kepada collapse lebih-lebih lagi site di kawasan pantai dimana curahan hujan boleh menjadi sangat tinggi secara tiba-tiba.

Temporary protection perlu di ambil perhatian oleh ASSB terutama slope dan juga earth drain.