Thursday, April 17, 2008

Progres Tapak Pada 17 April 08


Pemandangan Panorama (di
ambil pada Jumaat 17 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


Pemandangan Panorama dari pintu masuk utama (diambil pada Jumaat 17 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja konkrit bagi 1st floor slab telah dimulakan pada Isnin 14 April 08. Kerja persediaan serupa bagi baki 1st floor slab dalam progres.


BLOK B
Kerja masih lagi pada pemasangan tetulang besi & formworks bagi 3rd floor columns. Kerja lain adalah kerja plumbing, pemasangan kabel elektrik dsbg.


BLOK C
Formworks bagi 3rd floor slab sedang dijalankan.


BLOK D
Baki terakhir 1st floor slab telah dikonkrit pada Khamis 17 April 08, juga pada hari yang sama kerja konkrit tiang 1st floor dijalankan (40%)

BLOK E
Kerja ground floor columns telah dijalankan pada Sabtu 12 April 08 (30%). Kerja formworks bagi 1st floor slab bagi sekitar tiang yang telah dikonkrit tersebut sedang dijalankan.

BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja pemasangan besi dan formworks bagi rc roof sedang dijalankan dan hampir siap.


Nota:

-Lawatan Lt. Kolonel Ir. Radzi & Mejar Yahya Md Noh dari JPP, Kementerian Pertahanan ke tapak pada Isnin 14 April 08.


Lt Kolonel Ir. Radzi dari Kementeri Pertahanan diberi taklimat oleh jurutera residen Mahawir Mat Lawi

-stor paskal hanya tinggal kerja pemasangan elektrik sahaja. Lain-lain telah disiapkan dan dijangka akan diserah pada end-user dalam masa terdekat ini. Walaubagaimana pun kerja tanah di PASKAL masih belum berjalan begitu juga kerja tanah di cerun belakang Blok D.

-kerja bata perlahan akibat kualiti bata yang digunakan dikomen oleh pihak akitek. Kontraktor juga diperingatkan untuk mengemukakan material approval form bagi bata ini. Sehubungan itu, subkontraktor kerja bata tidak meneruskan dengan baik kerja bata akibat ini dikhuatiri risiko kerja bata tidak diterima oleh akitek.

-Lagi penghantaran stok baru tetulang besi pada Jumaat 17 April 08 (30 Tan metrik)

-Kerja konkrit tidak dapat diteruskan mulai Jumaat 17 April 08 dan dijangkakan pada Khamis 24 April 08 baru dapat disambung kembali. Ini kerana satu-satunya pembekal konkrit bagi projek ini menghadapi tempahan penuh konkrit dari projek lain dan tidak dapat membekal ke projek ini.Pihak kontraktor dinasihatkan mempelbagaikan pembekal konkrit untuk mengelakkan progres kerja tapak terganggu.

No comments: