Friday, April 4, 2008

Progres Tapak Pada 04 April 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 04 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja formworks bagi 1st floor slab sedang berjalan (75%). Walaubagaimana pun kerja pemasangan tetulang besi masih belum berjalan akibat ketiadaan tetulang besi di tapak.


Progres kerja blok A (gambar pada Jumaat 04 April 08)


BLOK B
Kerja RC tidak berjalan akibat ketiadaan tetulang besi. Kerja bata berada di aras 2nd floor. Kerja lain adalah kerja plumbing, pemasangan kabel elektrik dsbg.


BLOK C
Kerja RC hanya pada liftwall 2nd floor. Kerja bata sedang dijalankan setelah dimulakan pada Isnin 31 Mac 08.


Progres kerja bata di blok C (gambar pada Jumaat 04 April 08)


BLOK D
Kerja konkrit di 1st floor slab telah dijalankan pada Rabu 02 April 8 (50% siap). Dijangka awal minggu depan kerja konkrit bagi baki siap sepenuhnya.


BLOK E
Kerja RC disambung kembali pada oleh subkontraktor baru pada Jumaat 04 April 08.


BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja konkrit ground slab telah berjalan pada Khamis 03 April 08.


Progres kerja bangunan pencawang elektrik (gambar pada Jumaat 04 April 08)


Nota:
-Core test berhubung isu 'concrete cracks' akibat ketiadaan kerja curing yang melibatkan 4nos sampel core + 1nos telah dijalankan pada Jumaat 04 April 08. Keputusan akan dimajukan pada ibupejabat PB.

-stor paskal masih lagi melibatkan beberapa aktiviti kerja kemasan dan m&e . Kerja merobohkan ramp/kolah sediada telah pun siap. Walaubagaimana pun kerja tanah masih belum berjalan.

-Kerja RC di blok B dan C tiada progres akibat kekurangan tenaga pekerja disamping menghadapi masalah kekurangan tetulang besi. Sementara itu, pekerja-pekerja subkontraktor RC bagi blok-blok ini telah digunakan bagi menyiapkan kerja RC di 1st floor slab Blok D akibat subkontraktor terdahulu Blok D & E telah berhenti kerja.

-Subkontraktor baru Blok D & E telah memulakan kerja pada Jumaat 04 April 08. Menggantikan subkontraktor terdahulu yang berhenti kerja pada 22 Mac 08. Di antara masa itu (27 Mac 08 -sehingga subkontraktor baru masuk); subkontraktor dari Blok B/C melakukan kerja di Blok D

-Bekalan baru tetulang besi telah sampai pada Jumaat 04 April 08. Walaubagaimana pun didapati jenama baru digunakan 'intergate steel mill' tanpa memaklum dan mendapat kelulusan dari pihak perunding terlebih dahulu. Pegawai penguasa telah dimaklumkan berhubung perkara ini. Sehubungan ini, pihak kontraktor telah diperingatkan risiko berkaitan disamping telah diarah untuk menjalankan ujian 'tensile' dengan kadar segera.


bekalan baru tetulang besi baru sampai pada Jumaat 04 April 08(gambar pada Jumaat 04 April 08)

-Kerja pembinaan perparitan sementara telah dijalankan sebahagiannya di berhampiran Blok D. Ini dijangkakan menyelesaikan masalah risiko banjir lumpur di Blok PASKAL.


pemasangan temporary culvert bagi kerja pembinaan perparitan sementara (gambar pada Jumaat 04 April 08)

-Akitek En. Razman Ramli telah melakukan lawatan tapak pada Rabu 02 April 08.

No comments: