Thursday, January 31, 2008

Progres Tapak Pada 31 Jan 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Khamis 31 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja konkrit ground beam telah dimulakan pada Jumaat 25 Jan 08 dan di dalam progres (50%).


BLOK B
Kerja bagi 2nd floor columns telah bermula pada Sabtu 26 Jan 08 dan siap sepenuhnya pada hari ini Khamis 31 Januari 08.


BLOK C
Kerja formworks dan pemasangan tetulang besi untuk 2nd floor slab masih berlangsung.


BLOK D
Kerja 1st floor slab dalam progres tetapi perlahan. Tiada aktiviti kerja akibat masalah dalaman subkontraktor dengan konktraktor utama pada Selasa 29 Januari 08 dan Rabu 30 Januari 08.



BLOK E
Tiada aktiviti kerja semenjak selasa 29 Januari 08 sehingga hari ini Khamis 31 Januari 08 akibat penarikan skop kerja blok ini dari subkontraktor sekarang yang juga membina Blok D (pihak kontraktor menggantikan dengan subkontraktor baru).


Nota:
-Bahan binaan untuk kerja bata telah pun ada di Blok B dan dijangka kerja bata akan dimulakan dalam sehari dua tanpa pengawasan pihak arkitek.
-Bagi kemudahan Unit PASKAL TLDM; kerja konkrit ramp telah disiapkan sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Rabu 30 Januari 08. Progres sekarang adalah kerja bata di Stor

kerja bata untuk stor di Unit PASKAL TLDM pada Khamis 31 Jan 08. (gambar khamis 31 Jan 08)

-Kerja bangunan pencawang elektrik di dalam progres dengan kerja konkrit bagi keseluruhan footing telah siap dikonkrit pada hari ini Khamis 31 Jan 08.


foundation bagi bangunan pencawang elektrik siap dikonkrit pada hari ini Khamis 31 Jan 08 (gambar Khamis 31 Jan 08)

-Keseluruhan, tahap kemajuan kerja tapak agak membimbangkan. Terdapat beberapa masalah yang menyebabkan progres tapak perlahan. Blok D & E berlaku mengalami kemajuan kerja perlahan akibat masalah dalaman subkontrakor - kontraktor utama. Ditambah lagi akibat ketidakcukupan tetulang besi (hanya sampai pada Jumaat 25 Januari 08). Kekurangan BRC juga menyebabkan progres kerja Blok D dan Blok C perlahan. (kali terakhir BRC dihantar ke tapak projek ini adalah pada 18 Disember 07).
-Mesyuarat kemajuan bulanan telah diadakan pada Selasa 29 Januari 08 dengan dipengerusikan oleh Mejar Yahya Md Noh.

Friday, January 25, 2008

Progres Tapak Pada 25 Jan 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 25 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A

Kerja konkrit ground beam telah dimulakan pada Jumaat 25 Jan 08 dan di dalam progres (10%).


Blok A - Progres kerja ground beam (gambar pada Jumaat 25 Jan 08)


BLOK B
Kerja bagi 2nd floor columns dalam progres. kerja konkrit pertama bagi ini dijangkakan bermula pada esok Sabtu 26 Jan 08.


Blok B-Progres kerja 2nd floor columns (gambar pada Jumaat 25 Jan 08)


BLOK C
Kerja formworks dan pemasangan tetulang besi untuk 2nd floor slab sedang berlangsung.


BLOK D

Kerja konkrit konkrit ground floor slab siap 100% dengan kerja konkrit terakhir pada Selasa 22 Jan 08. Kerja berlangsung sekarang adalah menyiapkan baki ground floor columns dan kerja 1st floor slab.


BLOK E
Kerja ground slab 100% dengan kerja konkrit terakhir pada Jumaat 25 Jan 08.


Blok E-kerja konkrit terakhir untuk baki ground slab (gambar pada Jumaat 25 Jan 08)



Nota:
-Laporan Ketidakakuran NCR-009 berhubung concrete cracks telah dikeluarkan yang mana ianya akibat kelemahan pihak kontraktor mengimplementasikan kerja curing.

antara concrete crack pada 2nd floor slab Blok B. dengan opening 3-4mm dan kedalaman crack 34mm.

-Blok D & E berlaku kelewatan berbanding dengan master work program. Kelewatan ini berpunca dari ketidakcukupan bahan pembinaan terutamanya kayu dan tetulang besi.
-Kerja konkrit menghadapi masalah bekalan yang tidak konsisten akibat pihak pembekal sediada ada tempahan penuh bagi projek lain (tidak berkaitan projek ini). Ekoran itu pihak kontraktor telah menjalankan trial mix bagi satu lagi pembekal konkrit baru bagi projek ini iaitu DKLS Sdn Bhd. (pembekal konkrit ketiga selepas Hanson dan Cemex)
Di samping itu terdapat beberapa kali kelewatan konkrit atau kerja konkrit tidak dapat dijalankan akibat kerosakan jentera crane.
-Kerja kemudahan Unit PASKAL TLDM seperti kolah, ramp dan stor berjalan 'on & off'

status progres di Unit PASKAL TLDM pada Jumaat 25 Jan 08. kelihatan progres ramp boleh dilihat.

-Keseluruhannya progres kerja tapak tidak memuaskan, perlahan dan ekoran itu satu memo tapak telah dikeluarkan baru-baru ini agar pihak kontraktor tindakan susulan untuk mengelakkan kelewatan projek.




Sunday, January 20, 2008

Progres Tapak Pada 18 Jan 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 18 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A

Kerja konkrit semua pile cap Blok A sudah siap. Kerja ground beam di dalam progres. Kontraktor diberi arahan supaya tidak menggunakan kotak acuan lama dan rosak.


Blok A - kerja pembinaan ground beam dalam progres (gambar pada Khamis 17 Jan 08)


BLOK B
Kerja konkrit bagi 2nd floor slab siap 100% dengan kerja konkrit terakhir pada Jumaat 18 Januari 08.


BLOK C
Kerja konkrit tiang 1st floor telah siap 100%. Kerja pemasangan perancah untuk 2nd floor slab sedang berlangsung.


BLOK D

Kerja konkrit tiang ground floor siap 60%. Begitu juga slab bagi ground floor. Kerja berlangsung sekarang adalah menyiapkan baki ground floor slab dan columns beserta tiang ground floor.


Blok D (gambar pada Jumaat 18 Jan 08)

BLOK E
Kerja ground slab didalam progres (baki 50%).


Nota:
-Kerja curing tidak diambil berat oleh pihak kontraktor walaupun beberapa site memo (dalam tempoh dua minggu) telah dikeluarkan berhubung perkara ini. Didapati concrete cracks muncul pada permukaan konkrit terutamanya melibatkan slab dan sebahagiannya amat lah ketara. Pemeriksaan terperinci akan dilakukan dalam masa terdekat untuk memeriksa sejauh mana seriusnya.


guni dipasang tapi terbiar tidak dilembapkan dan jarang dilembapkan terutamanya beberapa hari pertama selepas kerja konkrit dijalankan


concrete cracks yang boleh dilihat

- Pembinaan ramp PASKAL sedang berlangsung begitu juga kolah dan stor tapi pada kadar perlahan.

Ramp Paskal sedang dibina (gambar pada khamis 17 Jan 08)

-Progres kerja Blok D dan E perlahan kerana subkontraktor blok-blok berkenaan menghadapi masalah bekalan material pembinaan dengan pihak kontraktor utama. Juga 12 pekerja subkontraktor tersebut telah dibuang dari tapak projek ini kerana didapati bekerja dengan projek lain di dalam pangkalan TLDM ini tanpa pengetahuan kontraktor utama. Pihak JPP telah dimaklumkan akan hal ini dan pemantauan akan terus dilakukan supaya tidak melibatkan kelewatan projek secara keseluruhannya.
-Memo tapak telah dikeluarkan berhubung risiko cerun runtuh di Blok D. Berpotensi memberi kesan pada struktur Blok D terbabit.
- Pihak kontraktor masih tidak melaksanakan kerja pembinaan temporary drainage/toe drain dan kerja slope protection berkaitan demi untuk mengelakkan banjir lumpur berlaku lagi.

Thursday, January 10, 2008

Progres Tapak Pada 09 Jan 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Rabu 09 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A

Kerja memecahkan keseluruhan 43nos telah siap dilakukan pada 04 Januari 08. Pemeriksaan secara terperinci sedang dilakukan terhadap keadaan semua existing cut-off pile (condition at top of pile) . 70% dari pilecap yang telah dimusnahkan dibenarkan untuk dilakukan kerja selanjutnya (setelah pemeriksaan pada pile head dalam keadaan baik). Bakinya didapati terdapat pecah/chipping pada pile head, starter bars pada pile head tiada (akibat kerja hacking pilecap) yang memerlukan kerja pembaikan dan pemeriksaan semula pihak perunding.



Blok A - kerja hacking selesai. Kerja pembinaan pile cap baru dalam progres (gambar pada Rabu 09 Jan 08)


Antara 70% pilecap yang telah dilakukan pemeriksaan pada pile head dan didapati dalam keadaan baik untuk kerja berikutnya; pembinaan semula pile cap baru (gambar pada Rabu 09 Jan 09)


BLOK B

Kerja pemasangan kotak acuan untuk 2nd floor slab siap 100%. Kerja pemasangan BRC (bottom BRC) sedang berlangsung. Kerja berikutnya adalah kerja M&E yang dijangka mengambil masa 2-3 hari sebelum pemasangan BRC (top BRC).


Blok B-Kerja pemasangan BRC bagi 2nd floor dalam progres (gambar pada Rabu 09 Jan 08)


BLOK C
Kerja konkrit 1st floor siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja pembinaan 1st floor columns di dalam progres (30%) dengan kerja konkrit bermula hari ini Rabu 09 Januari 08.


Blok C- kerja pembinaan 1st floor columns dalam progres (gambar pada Rabu 09 Jan 08)


BLOK D
Kerja konkrit ground beams siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja konkrit bagi 40% ground floor columns siap dengan kerja konkrit bermula pada hari ini Rabu 09 Jan 08. Kira-kira 40% ground floor slab masih dalam pembinaan.


Blok D- kerja pembinaan ground floor columns dalam progres (gambar pada Rabu 09 Jan 08)

BLOK E
Kerja konkrit ground beams di Blok E siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja penimbusan tanah, pemadatan, anti termit, lean con dan pemasangan BRC sedang berlangsung bagi ground slab.


Blok E- kerja pembinaan ground floor columns dalam progres (gambar pada Rabu 09 Jan 08)

Nota:
-Kerja konkrit tidak dapat dijalankan bermula Sabtu 05 Jan 08 akibat masalah pembekalan material pasir yang dialami pembekal-pembekal konkrit projek ini Cemex dan Hanson. Walaubagaimana pun pada Rabu 09 Jan 08 kerja konkrit berjalan kembali.
- Pembinaan kolah sedang berlangsung begitu juga ramp setelah saiz panjang ramp dipendekkan atas keperluan pihak PASKAL TLDM
- Pihak kontraktor masih tidak melaksanakan kerja pembinaan temporary drainage/toe drain dan kerja slope protection berkaitan demi untuk mengelakkan banjir lumpur berlaku lagi.


Friday, January 4, 2008

Progres Tapak Pada 04 Jan 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Khamis 03 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja memecahkan keseluruhan 43nos telah siap dilakukan pada hari ini Jumaat 04 Januari 08. Pemeriksaan secara terperinci akan dilakukan terhadap semua existing cut-off pile (condition at top of pile) secara individu bagi untuk memastikan tiada kerosakan atau jika ada kerosakan (keretakan, chipping sebagainya), kontraktor akan diarahkan melakukan kerja hacking secara manual sehingga ke bahagian yang baik. Aras setiap pile head (cut off pile) bagi setiap pile cap yang akan dibina semula juga akan diperiksa supaya sama satu sama lain sebelum kerja lean concrete dibenarkan.


Blok A - kerja hacking sedang dijalankan. Kerja hacking ini bermula pada Rabu 02 Jan 08 (gambar pada Khamis 03 Jan 08)


BLOK B

Kerja pemasangan kotak acuan untuk 2nd floor slab hampir siap (95%). Kerja pemasangan tetulang besi bagi semua beam 2nd floor sedang dijalankan (90%) kecuali pemasangan BRC (belum dijalankan). Terdapat kelewatan disebabkan pihak kontraktor gagal mengesan percanggahan antara lukisan arkitek dan struktur dan memaklumkan pada pihak perunding. Sebaliknya meneruskan kerja pembinaan terbabit. Ini memaksa sebahagian tetulang besi bagi balcony beams di 2nd floor berkenaan (FB7 dan FB13) terpaksa dibuka dan dipasang baru berdasarkan perincian berkaitan yang dikemukakan oleh perunding (percanggahan dikesan oleh pihak perunding).

Kontraktor juga telah diarahkan membersihkan kesan-kesan minyak pada tetulang besi sebelum diturunkan dalam beam terbabit dan pemeriksaan bersama pihak perunding perlu dijalankan sebelum kerja selanjutnya untuk memastikan kesan minyak tersebut dihilangkan.


Blok B-Kerja pemasangan tetulang besi bagi 2nd floor beams (gambar pada Khamis 03 Jan 08)


BLOK C
Kerja konkrit 1st floor siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja pemasangan tetulang besi bagi 1st floor columns di dalam progres (20%).

Pihak kontraktor didapati kebelakangan ini tidak mengambil berat perlaksanaan kerja curing. Beberapa pemeriksaan tapak secara rawak mendapati tiada kerja curing dijalankan. Ini kritikal terutamanya jika melibatkan kawasan yang luas seperti slab. Sehubungan itu memo telah dikeluarkan untuk kontrakor mengambil langkah perlu memastikan perlaksanaan kerja curing.


BLOK D
Kerja konkrit ground beams siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja konkrit bagi 40% ground floor columns dijangka dijalan esok sabtu 05 Jan 08. Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja.


BLOK E
Kerja konkrit ground beams di Blok E siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja penimbusan tanah, pemadatan dan anti termit sedang berlangsung bagi ground slab.

Nota:
- Pihak kontraktor masih gagal memaklumkan pihak perunding percanggahan lukisan walaupun berulangkali isu ini dibangkitkan dalam mesyuarat kemajuan bulanan. Sebaliknya adalah difahamkan, pihak subkontraktor telah diarahkan oleh kontraktor agar meneruskan kerja tanpa mempedulikan percanggahan tersebut. Ini menyebabkan kelewatan kerja di samping kos tambahan dan masa yang tidak perlu seperti yang berlaku pada blok B di atas dan juga beberapa kes terdahulu seperti yang dimaklumkan di dalam mesyuarat kemajuan bulanan.
- Pihak kontraktor masih tidak melaksanakan kerja pembinaan temporary drainage/toe drain dan kerja slope protection berkaitan demi untuk mengelakkan banjir lumpur berlaku lagi. Pengurus projek kontraktor ini sekali lagi dimaklumkan isu ini secara lisan pada khamis 03 Jan 08 dan tindakan segera diarahkan untuk dijalankan.
- Kerja pembinaan struktur konkrit stor paskal siap. Pembinaan kolah sedang berlangsung.
- Awal minggu ini subkontraktor ke tiga bagi kerja pembinaan struktur telah masuk melakukan kerja. Subkontraktor tempatan ini (dari Air Tawar, Perak) membina Blok A dan fasiliti Paskal seperti ramp, kolah dan stor. Subkontraktor Chan Hwa membina Blok B dan Blok C. Manakala satu lagi subkontraktor membina Blok D dan Blok E.
- Mesyuarat Kemajuan Bulanan no 10 telah dijalankan pada 27 Disember 07.