Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 18 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja konkrit semua pile cap Blok A sudah siap. Kerja ground beam di dalam progres. Kontraktor diberi arahan supaya tidak menggunakan kotak acuan lama dan rosak.
Blok A - kerja pembinaan ground beam dalam progres (gambar pada Khamis 17 Jan 08)
BLOK B
Kerja konkrit bagi 2nd floor slab siap 100% dengan kerja konkrit terakhir pada Jumaat 18 Januari 08.
BLOK C
Kerja konkrit tiang 1st floor telah siap 100%. Kerja pemasangan perancah untuk 2nd floor slab sedang berlangsung.
BLOK D
Blok D (gambar pada Jumaat 18 Jan 08)
BLOK E
Kerja ground slab didalam progres (baki 50%).
Nota:
-Kerja curing tidak diambil berat oleh pihak kontraktor walaupun beberapa site memo (dalam tempoh dua minggu) telah dikeluarkan berhubung perkara ini. Didapati concrete cracks muncul pada permukaan konkrit terutamanya melibatkan slab dan sebahagiannya amat lah ketara. Pemeriksaan terperinci akan dilakukan dalam masa terdekat untuk memeriksa sejauh mana seriusnya.
guni dipasang tapi terbiar tidak dilembapkan dan jarang dilembapkan terutamanya beberapa hari pertama selepas kerja konkrit dijalankan
concrete cracks yang boleh dilihat
- Pembinaan ramp PASKAL sedang berlangsung begitu juga kolah dan stor tapi pada kadar perlahan.
Ramp Paskal sedang dibina (gambar pada khamis 17 Jan 08)
-Progres kerja Blok D dan E perlahan kerana subkontraktor blok-blok berkenaan menghadapi masalah bekalan material pembinaan dengan pihak kontraktor utama. Juga 12 pekerja subkontraktor tersebut telah dibuang dari tapak projek ini kerana didapati bekerja dengan projek lain di dalam pangkalan TLDM ini tanpa pengetahuan kontraktor utama. Pihak JPP telah dimaklumkan akan hal ini dan pemantauan akan terus dilakukan supaya tidak melibatkan kelewatan projek secara keseluruhannya.
-Memo tapak telah dikeluarkan berhubung risiko cerun runtuh di Blok D. Berpotensi memberi kesan pada struktur Blok D terbabit.
- Pihak kontraktor masih tidak melaksanakan kerja pembinaan temporary drainage/toe drain dan kerja slope protection berkaitan demi untuk mengelakkan banjir lumpur berlaku lagi.
No comments:
Post a Comment