Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 25 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja konkrit ground beam telah dimulakan pada Jumaat 25 Jan 08 dan di dalam progres (10%).
Blok A - Progres kerja ground beam (gambar pada Jumaat 25 Jan 08)
BLOK B
Kerja bagi 2nd floor columns dalam progres. kerja konkrit pertama bagi ini dijangkakan bermula pada esok Sabtu 26 Jan 08.
Blok B-Progres kerja 2nd floor columns (gambar pada Jumaat 25 Jan 08)
BLOK C
Kerja formworks dan pemasangan tetulang besi untuk 2nd floor slab sedang berlangsung.
BLOK D
BLOK E
Kerja ground slab 100% dengan kerja konkrit terakhir pada Jumaat 25 Jan 08.
Blok E-kerja konkrit terakhir untuk baki ground slab (gambar pada Jumaat 25 Jan 08)
Nota:
-Laporan Ketidakakuran NCR-009 berhubung concrete cracks telah dikeluarkan yang mana ianya akibat kelemahan pihak kontraktor mengimplementasikan kerja curing.
antara concrete crack pada 2nd floor slab Blok B. dengan opening 3-4mm dan kedalaman crack 34mm.
-Blok D & E berlaku kelewatan berbanding dengan master work program. Kelewatan ini berpunca dari ketidakcukupan bahan pembinaan terutamanya kayu dan tetulang besi.
-Kerja konkrit menghadapi masalah bekalan yang tidak konsisten akibat pihak pembekal sediada ada tempahan penuh bagi projek lain (tidak berkaitan projek ini). Ekoran itu pihak kontraktor telah menjalankan trial mix bagi satu lagi pembekal konkrit baru bagi projek ini iaitu DKLS Sdn Bhd. (pembekal konkrit ketiga selepas Hanson dan Cemex)
Di samping itu terdapat beberapa kali kelewatan konkrit atau kerja konkrit tidak dapat dijalankan akibat kerosakan jentera crane.
-Kerja kemudahan Unit PASKAL TLDM seperti kolah, ramp dan stor berjalan 'on & off'
status progres di Unit PASKAL TLDM pada Jumaat 25 Jan 08. kelihatan progres ramp boleh dilihat.
-Keseluruhannya progres kerja tapak tidak memuaskan, perlahan dan ekoran itu satu memo tapak telah dikeluarkan baru-baru ini agar pihak kontraktor tindakan susulan untuk mengelakkan kelewatan projek.
No comments:
Post a Comment