Wednesday, September 26, 2007

Progres Tapak Pada 26 Sept 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Isnin 24 Sept 07)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kontraktor telah menyiapkan kerja mengambil core samples bagi 20 nos pilecap pada 25 Sept 07. Core test akan dijalankan tidak lama nanti.

Selain dari itu tiada aktiviti berlaku di Blok A

BLOK B
Kerja penyediaan untuk 1st floor slab sedang dijalankan.


Blok B (gambar pada 24 Sept 07)

BLOK C
Kerja konkrit ground beam telah bermula pada 26 Sept 07.


Blok C (gambar pada 24 Sept 07)

BLOK D
kerja pile cap masih lagi dalam progres dengan pemasangan formworks.


BLOK E
tiada progres.


Lain-lain

-
pada Khamis 20 Sept 07, progres tapak terganggu apabila sub-kontraktor kerja utama (Blok A, B & C) mogok.
-bermula dari 11 Sept 07 sehingga hari ini 26 Sept 07, talian telekomunikasi termasuk fax tidak dapat digunakan akibat pemotongan talian (kontraktor tidak menjelaskan tunggakan bil). Dua site memo pada 14 Sept 07 dan 25 Sept 07 telah dikeluarkan oleh pihak Perunding kepada kontraktor untuk menyegerakan sambungan talian supaya urusan kerja tapak tidak terjejas.

Tuesday, September 18, 2007

Progres Tapak Pada 18 Sept 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Selasa 18 Sept 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Keseluruhannya tiada progress sejak kerja coring pada 11 Sept 07 minggu lepas. (Hanya 3 nos pilecap telah dilakukan coring dengan baki 83 nos pilecap). Kontraktor merancang untuk melakukan coring pada 20 nos pilecap sebelum membuat keputusan lanjut.


Blok A (gambar pada 18 Sept 07)

BLOK B
Semua tiang-tiang pada ground slab telah dikonkrit siap sepenuhnya. Kerja penyediaan untuk 1st floor slab sedang dijalankan.


Blok B (gambar pada 18 Sept 07)

BLOK C
Pemeriksaan ground beam untuk kerja konkrit dalam progres.


Blok C (gambar pada 18 Sept 07)

BLOK D
kerja pile cap masih lagi dalam progres.


Blok D (gambar pada 18 Sept 07)

BLOK E
tiada progres.


Blok E (gambar pada 18 Sept 07)


Lain-lain

- pada 13 Sept 07, hampir keseluruhan pekerja asing beragama Islam (kontraktor) bercuti sempena 01 Ramadan menyebabkan tiada langsung aktiviti kerja tapak.
-bermula dari 11 Sept 07 sehingga hari ini Selasa 18 Sept 07, talian telekomunikasi termasuk fax tidak dapat digunakan akibat pemotongan talian (kontraktor tidak membayar bil). Site memo telah dikeluarkan oleh pihak Perunding kepada kontraktor untuk menyegerakan sambungan talian supaya urusan kerja tapak tidak terjejas.

Wednesday, September 12, 2007

Progres Tapak Pada 12 Sept 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Rabu 12 Sept 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Kerja coring bagi baki 86nos pilecap (yang tidak menggunakan G30 JKR) baru bermula semalam 11 Sept 07 dengan 3nos pilecap telah dilakukan coring (dengan satu coring machine). Hari ini 12 Sept 07, tiada aktiviti kerja coring akibat kerosakan coring machine tersebut.


Blok A (gambar pada 12 Sept 07)

BLOK B
Hampir 2/3 tiang-tiang pada ground slab telah dikonkrit semalam 11 Sept 07.


Blok B (gambar pada 12 Sept 07)

BLOK C
Pemasangan rebars untuk ground beam masih lagi dalam progres.


Blok C (gambar pada 12 Sept 07)

BLOK D
kerja pile cap masih lagi dalam progres.


Blok D (gambar pada 12 Sept 07)

BLOK E
tiada progres.


Blok E (gambar pada 12 Sept 07)


Lain-lain

- pada 11 Sept 07, mesyuarat kemajuan bulanan telah diadakan di pejabat tapak dengan kehadiran Lt Kol Ir Baharul Razi Bin Abu Hani dan Mejar Yahya Mohd Noh dari Jabatanarah Perumahan & Pembinaan MK ATM. Manakala pihak Perunding Bersatu dihadiri oleh Mohd Hiffni Sheikh Hj Ahmad, Mahawir Hj Mat Lawi & Mohd Firdaus Shaharudin.

Tuesday, September 4, 2007

Progres Tapak Pada 03 Sept 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Isnin 03 Sept 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Masih Tiada progres.


Blok A (gambar pada 03 Sept 07)

BLOK B
Kerja konkrit ground slab siap sepenuhnya dengan last cast dilakukan pada Khamis 30 Ogos 07. Column works dalam progres.


Blok B (gambar pada 03 Sept 07)

BLOK C
Pemasangan rebars untuk ground beam masih dalam progres.


Blok C (gambar pada 03 Sept 07)

BLOK D
kerja pile cap dalam progres.


Blok D (gambar pada 03 Sept 07)

BLOK E
tiada progres.


Blok E (gambar pada 03 Sept 07)


Lain-lain

- pada Isnin 27 Ogos 07, progres tapak kerja terganggu apabila keseluruhan tukang kayu (12 orang) sub-kontraktor kerja utama tidak bekerja akibat masalah logistik.
-pada Rabu 29 Ogos 07, sekali lagi progres tapak terganggu apabila sub-kontraktor kerja utama mogok apabila sub-kontraktor terbabit menghadapi masalah pembayaran dari kontraktor.