Friday, May 30, 2008
Progres Tapak Pada 30 Mei 08
Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 30 Mei 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
Blok A
Kerja konkrit 2nd floor slab telah berakhir pada Jumaat 30 Mei 08.
Blok A-progres pada Jumaat 30 Mei 08
Blok B
Kerja konkrit 4th floor slab telah berakhir pada Rabu 27 Mei 08. Kerja penyediaan tiang pada 4th floor sedang berjalan dikawasan yg telah dikonkrit minggu lepas.
Blok C
Kerja formwork bagi 4th floor slab dalam progres. Sebahagian tiang di 3rd floor dalam progres setelah bekalan T12 sampai ke tapak.
Blok D
Kerja konkrit tiang pada 2nd floor telah pun bermula pada Khamis 29 Mei 08. Kerja konkrit bagi 2nd floor slab telah disiapkan pada 25 Mei 08. Lain kerja tiang berkaitan dalam progres.
Blok E
Kerja pemasangan besi termasuk BRC bagi 1st floor slab siap bagi separuh pertama 1st floor slab. walaubagaimana pun kerja M&E tidak bermula walaupun telah sedia dimasuki mulai khamis 29 Mei 08. Ini Secara tidak langsung melewatkan kerja konkrit. 4 nos tiang terakhir pada ground floor telah dikonkrit pada Isnin 25 Mei 08.
Bangunan Pencawang elektrik-kerja bata telah bermula mulai Selasa 26 Mei 08.
Bangunan Pencawang Elektrik (progres pada Jumaat 30 Mei 08)
-Kerja tanah berhampiran PASKAL/Blok C-tiada aktiviti sepanjang minggu ini akibat kerosakan lori tanah.
Lain-lain:
-Mogok tukang besi pada subkon blok B & C berlaku pada Jumaat 23 Mei 08 berhubung isu gaji.
-Kerja RC bagi tiang di 3rd floor disambung kembali setelah tetulang T12 sampai di tapak seperti dilaporkan pada minggu terdahulu.
-Kerja bata berjalan dengan perlahan hanya di blok C sahaja dengan 8nos pekerja. Pengesahan jenis cement brick untuk Blok C (1st floor onward), Blok D & Blok E dan clay brick untuk Blok A & Blok B telah dimaklumkan pada kontraktor pada Khamis 29 Mei 08 melalui pengesahan Pegawai Penguasa Mejar Yahya Md Noh pada jurutera residen.
Friday, May 23, 2008
Progres Tapak Pada 23 Mei 08
Kerja konkrit 2nd floor slab telah dimulakan pada Rabu 21 Mei 08. Kerja penyediaan kerja konkrit bagi baki 2nd floor slab sedang berjalan.
Blok A-progres pada Jumaat 23 Mei 08
Blok B
Kerja konkrit 4th floor slab telah dimulakan pada Selasa 20 Mei 08. Kerja penyediaan kerja konkrit bagi baki 4th floor slab sedang berjalan.
Blok B-progres pada Jumaat 23 Mei 08
Blok C
Kerja formwork bagi 4th floor slab sedang berjalan. Bagaimanapun sebahagian tiang di 3rd floor masih tidak dapat disiapkan (tergendala) akibat ketiadaan T12.
Blok C-progres pada Jumaat 23 Mei 08
Blok D
Kerja konkrit ke dua bagi 2nd floor slab telah dijalankan pada Khamis 22 Mei 08 dengan baki terakhir belum disiapkan. Kerja pembinaan tiang pada 2nd floor telah pun bermula.
Blok D-progres pada Jumaat 23 Mei 08
Blok E
Kerja formwork bagi 1st floor slab sedang berjalan dengan 4 nos tiang pada ground floor hampir siap untuk dikonkrit.
Blok E-progres pada Jumaat 23 Mei 08
Bangunan Pencawang elektrik-kerja bata masih tidak dijalankan.
-Kerja tanah berhampiran PASKAL/Blok C-tiada aktiviti sepanjang minggu ini akibat kerosakan lori tanah.
Lain-lain:
-Mogok tukang besi pada subkon blok B & C berlaku pada Jumaat 23 Mei 08 berhubung isu gaji.
-Kerja RC bagi tiang di 3rd floor tergendala akibat ketiadaan tetulang T12.
Ujian mampatan tanah (FDT) telah dijalankan pada kawasan kerja tanah berhampiran PASKAL/Blok C pada 23 Mei 08 dengan 2 nos.
-Kerja bata berjalan dengan perlahan hanya di blok C sahaja dengan 8nos pekerja.
-Mesyuarat Kemajuan Bulanan telah dijalankan pada Selasa 20 Mei 08 dan dipengerusikan oleh Mejar Yahya Md Noh.
Friday, May 16, 2008
Progres Tapak Pada 16 Mei 08
Kerja konkrit tiang pada 1st floor telah dimulakan pada Selasa 29 April 08 dan konkrit terakhir pada 10 Mei 08. Kerja formwork dalam progress bagi 2nd floor slab. Pemasangan besi bagi 2nd floor slab dalam progress (80% pada separuh bahagian)
Blok A progres pada Khamis 15 Mei 08
BLOK B
Kerja konkrit tiang pada 3rd floor telah disiapkan melalui kerja konkrit terakhir pada Jumaat 02 Mei 08. Kerja formwork bagi 4th floor slab dalam progress (90% pada separuh bahagian). kerja-kerja utama lain adalah plumbing/m&e.
BLOK C
Kerja konkrit bagi tiang di 3rd floor telah dimulakan pada Khamis 08 Mei 08 dan masih berlangsung. Kerja bata sedang berjalan pada blok ini di ground floor.
BLOK D
Kerja membuka formworks 1st floor slab hampir siap. Pembinaan formworks bagi 2nd floor slab berjalan. Kerja konkrit bagi 2nd floor slab pada separuh bahagian pertama ditangguhkan kerana memerlukan pemeriksaan sekali lagi memandangkan kualiti kerja tidak diterima. (pemeriksaan pada pagi Jumaat 16 Mei 08)
BLOK E
Kerja pemasangan besi dan formworks 1st floor slab masih sedang dijalankan. Kerja konkrit tiang pada ground floor sedang dijalankan (hanya tinggal 4nos tiang).
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Menunggu kerja bata dijalankan.
KERJA TANAH BERHAMPIRAN PASKAL
Kerja tanah terganggu apabila demobilization roller pada Jumaat 09 Mei 08 akibat kerosakan loru dumper. roller mobilization pada Selasa 13 Mei 08 walaubagaimana pun pada rabu 14 Mei 08 sekali lagi demob akibat kerosakan lori dumper yang menyebabkan kerja tanah terhenti.
Nota:
-kekurangan material besi menyebabkan kerja tiang di blok C tergendala. (besi T16 masih tidak sampai setelah diorder dua minggu lalu)-kerja bata masih perlahan. Pihak kontraktor mendakwa kesukaran mencari bekalan bata dalam kuantiti besar di kawasan sekitar, manakala bekalan yang ada di Ipoh harganya adalah tinggi diambil kira kos pengangkutan. Pihak kontraktor bercadang mengguna sandbrick.
Friday, May 9, 2008
Progres Tapak Pada 09 Mei 08
Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 09 Mei 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
Pemandangan Panorama dari pintu masuk utama (diambil pada Jumaat 09 Mei 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja konkrit tiang pada 1st floor telah dimulakan pada Selasa 29 April 08 dan dalam progres. Kerja formwork dalam progress bagi 1st floor slab. Pemasangan besi bagi 1st floor slab dalam progress (50%)
BLOK B
Kerja konkrit tiang pada 3rd floor dalam progres. Kerja formwork bagi 4th floor slab dalam progress. Lain-lain adalah kerja bata/plumbing/m&e.
BLOK C
Kerja konkrit bagi 3rd floor slab telah berakhir pada Khamis 08 Mei 08. Kerja bata sedang berjalan pada blok ini di ground floor.
BLOK D
Kerja membuka formworks 1st floor slab hampir siap. Pembinaan formworks bagi 2nd floor slab berjalan.
BLOK E
Kerja pemasangan besi dan formworks 1st floor slab sedang dijalankan. Kerja konkrit tiang pada ground floor sedang dijalankan.
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
kerja membuka formworks struktur bumbung dijalankan.
KERJA TANAH BERHAMPIRAN PASKAL
Kerja tanah bermula dengan sampainya jentera pemadat roller pada Isnin 05 Mei 08.
kerja tanah berhampiran PASKAL (gambar 09 Mei 08)
Nota:
-kerja bata di blok B dan C perlahan akibat sebahagian pekerja subkontraktor kerja bata telah ditamatkan oleh pihak kontraktor akibat tahap kerja bata tidak memuaskan.
-keputusan bekalan konkrit kerap minggu ini pada Selasa 06 Mei 08, Rabu 07 Mei 08 dan Jumaat 09 Mei 08 akibat pembekal konkrit tunggal sediada menerima tempahan penuh untuk projek lain. Memo telah dikeluarkan menasihati kontraktor menambah alternatif pembekal konkrit lain.
Friday, May 2, 2008
Progres Tapak Pada 02 Mei 08
Kerja konkrit bagi 1st floor slab telah disiapkan melalui kerja konkrit yang berakhir pada Jumaat 25 April 08. Kerja konkrit tiang pada 1st floor telah dimulakan pada Selasa 29 April 08.
BLOK B
Kerja konkrit tiang pada 3rd floor dimulakan pada Sabtu 26 April 08. Lain-lain adalah kerja plumbing/m&e.
BLOK C
Kerja konkrit pada tangga ground floor dijalankan pada Isnin 28 April 08. Pemasangan besi dan brc bagi 3rd floor slab sedang dijalankan. Kerja bata sedang berjalan pada blok ini di ground floor.
BLOK D
Kerja konkrit tiang pada 1st floor berakhir pada Jumaat 02 Mei 08. Pembinaan formworks bagi 2nd floor slab berjalan.
BLOK E
Kerja pemasangan besi dan formworks tiang pada 1st floor sedang dijalankan. Pemasangan formworks pada 1st floor sedang berjalan. Kerja konkrit tiang pada ground floor sedang dijalankan.
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Tiada aktiviti sepanjang minggu ini.
Nota: -kerja bata di blok B dan C perlahan akibat sebahagian pekerja subkontraktor kerja bata telah ditamatkan oleh pihak kontraktor akibat tahap kerja bata tidak memuaskan. Pada Isnin 28 April 08 dan Selasa 29 April 08 hanya ada lebih kurang 2-3 pekerja bata sahaja. (dimaklumkan sebahagian pekerja baru dalam proses pengambilan)
-lawatan Laksamana Muda TLDM Datuk Pahlawan Ir Jashan Bin Aphandi; Asistan Ketua Prasarana pada Rabu 30 April 08. Taklimat tapak dilakukan oleh Jurutera Residen beserta lawatan ke tapak projek kemudiannya.
-Cuti Hari Pekerja pada Khamis 01 Mei 08.