Friday, May 30, 2008

Progres Tapak Pada 30 Mei 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 30 Mei 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


Blok A
Kerja konkrit 2nd floor slab telah berakhir pada Jumaat 30 Mei 08.


Blok A-progres pada Jumaat 30 Mei 08

Blok B
Kerja konkrit 4th floor slab telah berakhir pada Rabu 27 Mei 08. Kerja penyediaan tiang pada 4th floor sedang berjalan dikawasan yg telah dikonkrit minggu lepas.


Blok C
Kerja formwork bagi 4th floor slab dalam progres. Sebahagian tiang di 3rd floor dalam progres setelah bekalan T12 sampai ke tapak.


Blok D
Kerja konkrit tiang pada 2nd floor telah pun bermula pada Khamis 29 Mei 08. Kerja konkrit bagi 2nd floor slab telah disiapkan pada 25 Mei 08. Lain kerja tiang berkaitan dalam progres.


Blok E
Kerja pemasangan besi termasuk BRC bagi 1st floor slab siap bagi separuh pertama 1st floor slab. walaubagaimana pun kerja M&E tidak bermula walaupun telah sedia dimasuki mulai khamis 29 Mei 08. Ini Secara tidak langsung melewatkan kerja konkrit. 4 nos tiang terakhir pada ground floor telah dikonkrit pada Isnin 25 Mei 08.


Bangunan Pencawang elektrik-kerja bata telah bermula mulai Selasa 26 Mei 08.

Bangunan Pencawang Elektrik (progres pada Jumaat 30 Mei 08)


-Kerja tanah berhampiran PASKAL/Blok C-tiada aktiviti sepanjang minggu ini akibat kerosakan lori tanah.

Lain-lain:
-Mogok tukang besi pada subkon blok B & C berlaku pada Jumaat 23 Mei 08 berhubung isu gaji.
-Kerja RC bagi tiang di 3rd floor disambung kembali setelah tetulang T12 sampai di tapak seperti dilaporkan pada minggu terdahulu.
-Kerja bata berjalan dengan perlahan hanya di blok C sahaja dengan 8nos pekerja. Pengesahan jenis cement brick untuk Blok C (1st floor onward), Blok D & Blok E dan clay brick untuk Blok A & Blok B telah dimaklumkan pada kontraktor pada Khamis 29 Mei 08 melalui pengesahan Pegawai Penguasa Mejar Yahya Md Noh pada jurutera residen.

1 comment:

Primus said...

Memandangkan kemajuan kerja, negatif yang besar kebarangkalian untuk berlakunya pengabaian kualiti adalah tinggi, ini kerana kontraktor utama akan mengutamakan kemajuan dan mencari kaedah-kedah untuk mempercepatkannya lansung meletakkan kualiti sebagai perkara sekunder.Pihak perunding memainkan peranan yang penting untuk mempastikan kualiti sebagai agenda utama, samada spesifikasi, methodlogi mahupun penjagaan persekitaran (manusia dan alam sekitar tidak terabai.Sebaiknya tidak ada kompromi didalam mempastikan agenda ini tercapai.