Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 25 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
Pemandangan Panorama dari pintu masuk utama (diambil pada Jumaat 25 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja konkrit bagi 1st floor slab masih berlangsung sepanjang minggu ini. Kerja tiang pada 1st floor sedang dijalankan (50%)
BLOK B
Kerja tiang pada 3rd floor sedang dijalankan. Lain-lain adalah kerja plumbing pada 2nd floor.
BLOK C
Formworks bagi 3rd floor slab sedang dijalankan (75%). Pemasangan besi bagi beam telah dilakukan pada formworks tersebut. Kerja bata sedang berjalan pada blok ini di ground floor.
BLOK D
Kerja pemasangan besi dan formworks tiang pada 1st floor sedang dijalankan.
BLOK E
Kerja pemasangan besi dan formworks tiang pada 1st floor sedang dijalankan. Pemasangan formworks pada 1st floor sedang berjalan.
Kerja formworks bagi 1st floor di Blok E (gambar diambil pada Jumaat 25 April 08)
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja konkrit bumbung yang juga kerja konkrit terakhir bagi keseluruhan struktur RC bangunan ini telah disiapkan melalui kerja konkrit hari ini 25 April 08.
Nota:
-Kerja tanah di Paskal dan penyiapan cerun dibelakang Blok D masih tidak dijalankan. Ini melibatkan masalah pembayaran antara kontraktor dan subkontraktor kerja tanah terbabit. Perkara ini telah dibangkitkan di dalam mesyuarat kemajuan pada 22 April 08 di mana pihak kontraktor diminta menyelesaikan masalah ini dengan segera.
-Kerja konkrit berjalan kembali mulai Khamis 24 April 08 setelah hampir seminggu ketiadaan bekalan konkrit dari satu-satunya pembekal konkrit yang kontraktor ini ada buat masa ini.
-Kerja RC di blok B dilakukan oleh subkontraktor dari Taiping yang turut membina blok D & E. Walaubagaimana pun subkontraktor ini kekurangan pekerja tukang kayu mahir yang memberi kesan kepada progres kerja (dari 40++ pekerja, hanya lebih kurang 10 sahaja tukang kayu; yang lainnya adalah pekerja bangladesh yang tidak mahir/helpers)
-Pada Isnin 21 April 08, pemeriksaan mengejut dilakukan oleh Polis Tentera (protela) setelah menerima laporan terdapat penyalahgunaan pas. Didapati sebahagian pekerja menggunakan pas masuk kepunyaan orang lain dan pas yang sudah tamat tempoh. Beberapa pekerja telah ditahan dan dibawa keluar oleh pihak polis tentera untuk penyiasatan lanjut.-Ujian tensile test telah dijalankan pada sample rebars Armgate Mill S/B dan sample bata di Ipoh pada Khamis 24 April 08. Keputusan akan dimajukan pada pihak berkaitan dalam masa terdekat.
-Mesyuarat kemajuan bulanan telah diadakan pada Selasa 22 April 08 dan dipengerusikan oleh Mejar Yahya Md Noh.
No comments:
Post a Comment