Thursday, February 14, 2008
Progres Tapak Pada 14 Feb 08
Pemandangan Panorama (diambil pada Khamis 14 Feb 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja pemasangan tetulang besi bagi liftwall sedang berjalan. Begitu juga kerja pemadatan tanah di dalam progres bagi groundfloor slab.
Blok A (gambar Khamis 14 Feb 2008)
BLOK B
Kerja bagi 3rd floor slab sedang berlangsung. Kerja elektrikal juga di dalam progres.
BLOK C
Kerja formworks dan pemasangan tetulang besi untuk 2nd floor slab masih berlangsung. Progres bagi Blok ini sangat perlahan semenjak kerja konkrit tiang 1st floor siap 17 Januari 08. Sekarang ini kerja pemasangan konduit PVC elektrik sedang berjalan.
BLOK D
Kerja 1st floor slab dalam progres tetapi perlahan. Tetapi bermula dari Selasa 12 Februari 08 sehingga tarikh laporan ini 14 Feb 08, kerja di blok ini terhenti dan tiada aktiviti kerja.
BLOK E
Tiada aktiviti kerja semenjak selasa 29 Januari 08 sehingga tarikh laporan ini 14 Februari 08.
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja pembinaan ground beams sedang berjalan.
Bangunan Pencawang Elektrik (gambar Khamis 14 Februari 08)
Nota:
-Pemasangan steel trusses bagi stor baru PASKAL TLDM juga sudah disiapkan walaupun NCR 010 telah dikeluarkan. Sebaliknya pihak kontraktor meneruskan kerja pemasangan bumbung metal deck.
pemasangan steel truss telah siap. Pemasangan metal deck 90% siap untuk stor di Unit PASKAL TLDM. Kelihatan ramp baru dan kolah baru telah siap (gambar Khamis 14 Feb 08)
-Pagar sediada di unit PASKAL telah mula dibuka untuk kerjatanah di kawasan berkenaan bagi tambahan kawasan untuk ruang tempat letak kenderaan Blok C.
pagar sediada di unit PASKAL dalam proses ditanggalkan. (gambar Khamis 14 Feb 08)
-Keseluruhan, tahap kemajuan kerja tapak tidak banyak berubah dari minggu lepas dan membimbangkan. Terdapat kelewatan ketara pada Blok C, D & E. Mejar Yahya telah dimaklumkan secara lisan pada Selasa 12 Feb 08 berhubung ini. Kerja bata di unit blok juga masih belum dijalankan disebalik komitmen ASSB untuk menyiapkan satu mock up brickwall pada 05 Feb 08 lepas seperti yang dijanjikan pada mesyuarat kemajuan bulanan 29 Jan 08. Terdapat kerosakan kerap pada jentera kren pada minggu ini (sebagai contoh kerja konkrit lift wall bagi 2nd floor Blok B tidak dapat dijalankan akibat kesemua 3nos kren mengalami kerosakan pada hari ini 14 Feb 08)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam sejahtera,
1.NCR 010 - roof truss : ASSB sebaiknya memenuhi keperluan mengemukakan borang penggunaan bahan,material inspection dan shop drawing terlebih dahulu.Perkara ini telah dimaklumkan didalam mesyuarat dan PB bersedia membantu tetapi bukan cara meninggalkan procedure.
2.Brick work - ASSB semestinya mendapatkan pandangan DCA sebelum kerja-kerja seterusnya dibuat kerana brick work,door frame,alignment tertakluk kepada keputusan Akitek.
3.Kemajuan kerja - ASSB dinasihatkan untuk menyediakan pelan pemulihan yang komprehensif dan pelaksanaan yang berkesan untuk mengelakkan kelewatan yang bertambah.
Sekian.
Post a Comment