Thursday, February 21, 2008

Progres Tapak Pada 21 Feb 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Khamis 21 Feb 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja groundfloor slab dalam progres. Kerja konkrit ground slab yang dirancang bermula pada hari ini 21 Feb 08 telah ditolak oleh perunding kerana tidak boleh diterima dari aspek teknikal. Kerja pembetulan sedang dijalankan.


BLOK B
Kerja bagi 3rd floor slab sedang berlangsung. Kerja elektrikal juga di dalam progres.

BLOK C
Kerja konkrit bagi 2nd floor slab siap sepenuhnya pada Selasa 19 Feb 08. Kerja 2nd floor columns dalam progres.

BLOK D
Tiada aktiviti semenjak 12 Feb 08

BLOK E
Sub kontraktor baru masuk bekerja hanya pada Jumaat dan Isnin 18 Feb 08. walaubagaimana pun selepas itu tiada di tapak kerja. Tiada aktiviti cukup lama di blok ini.

BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja pembinaan ground beams sudah disiapkan melalui kerja konkrit pada Isnin 18 Feb 08.


Bangunan Pencawang Elektrik (gambar Khamis 21 Februari 08)


Nota:
-Pemasangan steel trusses bagi stor baru PASKAL TLDM juga sudah disiapkan begitu juga kerja bumbung walaupun NCR 010 telah dikeluarkan. Pihak kontraktor sedang melakukan kerja plaster dinding di stor berkenaan, manakala bagi ramp baru pula; kerja slab ground level sekeliling ramp didalam progres
-Kontraktor telah mula menggunakan curing compound fosroc seperti diarahkan oleh penguasa projek (SO). Di dapati concrete cracks secara drastiknya dapat dilihat penurunan dan tiada serious cracks diperhatikan pada kawasan konkrit 2nd floor slab Blok C yang menggunakan curing compound ini.
Walaubagaimana pun pada 2nd floor slab Blok B, 2 nos core tests bagi sample diambil situ gagal (ujian di Ipoh Lab, Ipoh pada Selasa 19 Feb 08). pemeriksaan visual pada hari ini mendapati terdapat titisan air di kawasan cracks di tengah koridor dan juga pada slab kawasan bilik (pada 2nd floor slab soffits)

concrete cracks pada koridor 2nd floor Blok B, titisan air keluar dari crack tersebut (gambar kena rotate 90darjah kanan, khamis 21 Feb 08)


lagi di kawasan bilik berhampiran (gambar khamis 21 Feb 08)

-progres kerja tapak adalah lewat. Memo ruj. no 114 telah dikeluarkan untuk mengingatkan kontraktor kelewatan progres dan menasihatkan tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah kelewatan ini.

No comments: