Tuesday, February 5, 2008

Progres Tapak Pada 05 Feb 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Selasa 05 Feb 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja konkrit ground beam telah siap 100% dengan kerja konkrit terakhir pada Sabtu 02 Feb 08. Kerja penimbusan tanah didalam progres bagi groundfloor slab.


Blok A-kerja penimbusan tanah sedang berlangsung (gambar Selasa 05 Feb 2008)

BLOK B
Kerja bagi 3rd floor slab sedang berlangsung. Kerja elektrikal juga di dalam progres.


Blok B-kerja pemasangan wayar elektrik dalam progres (gambar Selasa 05 Feb 2008)

BLOK C
Kerja formworks dan pemasangan tetulang besi untuk 2nd floor slab masih berlangsung.Progres bagi Blok ini sangat perlahan semenjak kerja konkrit tiang 1st floor siap pada pertengahan Jan 08. Ketidakcukupan tetulang besi dan BRC telah membantutkan kerja di blok ini. Hanya semalam Isnin 04 Feb 08, bahan BRC dihantar ke tapak projek. Hari ini, kerja pemasangan bottom BRC sedang dijalankan.


BLOK D
Kerja 1st floor slab dalam progres tetapi perlahan.Progres juga terganggu akibat ketidakcukupan tetulang besi dan BRC. Hanya semalam Isnin 04 Feb 08, bahan BRC dihantar ke tapak projek.


BLOK E
Tiada aktiviti kerja semenjak selasa 29 Januari 08 sehingga hari ini Selasa 05 Februari 08. Sub-kontraktor baru masih belum memulakan kerja.


Nota:
-Kerja bata sudah dimulakan bagi stor PASKAL tanpa pengawasan akitek. Pemasangan steel trusses juga sedang dijalankan (bermula pada Isnin 04 Feb 08) tanpa kelulusan bahan, shopdrawing dan design calculation berkaitan. Memo no 108 pada kontraktor telah dikeluarkan berhubung perkara ini. Pengurus Projek ASSB mengatakan akan menyerahkan keperluan terbabit selepas cuti tahun baru cina.


pemasangan steel trusses untuk stor di Unit PASKAL TLDM (gambar Selasa 05 Feb 08)

-Kerja bangunan pencawang elektrik di dalam progres dengan kerja konkrit bagi keseluruhan stump telah siap dikonkrit pada hari ini Isnin 04 Feb 08.
-Keseluruhan, tahap kemajuan kerja tapak tidak banyak berubah dari minggu lepas. Walaubagaimana pun kerja di Blok C dan D dapat diteruskan dengan penghantaran BRC pada Isnin 04 Februari 08. Blok E masih kritikal kerana semenjak Selasa 29 Januari 08 sehingga hari ini, masih tiada aktiviti kerja dijalankan.
-Pihak kontraktor masih tidak mengemukakan program kerja semasa untuk tujuan pemantauan walaupun telah diberikan memo peringatan.

2 comments:

Primus said...

1.Steel roof truss - dicadangkan dikeluarkan.Ini kesalahan major.
2.Saya dah info semasa site meeting untuk bantu ASSB proses kelulusan dgn syarat ASSB segera uruskan shop dwg,proposed design approval dan factory visit tetapi ASSB mengambil mudah perkara ini.
3.Kerja-kerja bata adalah tertakluk kepada akitek untuk menerima atau menolak kerja-kerja yang akan,sedang dan telah dibuat.

Sekian.

Primus said...

Pembetulan : perkara 1 NCR dicadangkan dikeluarkan.