Friday, February 29, 2008

Progres Tapak Pada 29 Feb 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 29 Feb 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja konkrit pada bahagian terakhir groundfloor slab siap pada 29 Feb 08. Kerja ground floor tiang sedang berjalan.


BLOK B
Kerja bagi 3rd floor slab sedang berlangsung. Kerja elektrikal dan juga plumbing di dalam progres di blok ini. Kerja bata bermula pada 29 Feb 08 pada ground floor dan dijalankan tanpa pengawasan pihak arkitek.


kerja bata di blok B (gambar pada Jumaat 29 Feb 08)


BLOK C
Kerja 2nd floor columns dalam progres. Kerja elektrikal di dalam progres di blok ini.

BLOK D
Kerja disambung kembali pada Khamis 22 Feb 08 oleh sub kontraktor baru pada 1st floor slab.

BLOK E
Sub kontraktor baru masuk bekerja hanya pada Jumaat dan Isnin 18 Feb 08. Walaubagaimana pun masih tiada aktiviti selepas itu sehingga hari ini.

BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Tiada aktiviti sepanjang laporan minggu ini (sehingga 29 Feb 08) kecuali pada Isnin 25 Feb 08; kerja lean concrete untuk trenches.


Nota:
-Mogok berlaku beberapa hari sepanjang laporan minggu ini membabitkan subkontraktor-subkontraktor Blok B/C dan Blok A. Ini memberi kesan kepada progres kerja tapak.
-ketidakcukupan material kayu telah melewatkan kerja formworks bagi 3rd floor slab blok B.
-sub kontraktor blok D dan E tidak mempunyai pekerja mahir menyebabkan progres kerja lambat dan terdapat beberapa kesalahan kerja ketara di blok D yang tidak sepatutnya berlaku (menggunakan waterproofing material sebagai material sebagai minyak pada formworks dan mencemarkan tetulang besi)
-stor paskal masih tidak siap, sepanjang laporan mingguan ini; tiada aktiviti kerja di stor tersebut
-Mesyuarat tapak telah diadakan pada Selasa 26 Feb 08 dan dipengerusikan oleh Mejar Yahya Md Noh.

1 comment:

Primus said...

Salam sejahtera,

1. COW akitek adalah wajib untuk peringkat ini.Saya melihat aktiviti setting out dan material inspection adalah tanggungan penuh pihak akitek.

2. Bahagian yang terdapat kesan retakan pada lantai dan beam dihatrapkan ASSB membuat cadangan baik pulih.

Sekian.