Thursday, January 31, 2008

Progres Tapak Pada 31 Jan 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Khamis 31 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja konkrit ground beam telah dimulakan pada Jumaat 25 Jan 08 dan di dalam progres (50%).


BLOK B
Kerja bagi 2nd floor columns telah bermula pada Sabtu 26 Jan 08 dan siap sepenuhnya pada hari ini Khamis 31 Januari 08.


BLOK C
Kerja formworks dan pemasangan tetulang besi untuk 2nd floor slab masih berlangsung.


BLOK D
Kerja 1st floor slab dalam progres tetapi perlahan. Tiada aktiviti kerja akibat masalah dalaman subkontraktor dengan konktraktor utama pada Selasa 29 Januari 08 dan Rabu 30 Januari 08.



BLOK E
Tiada aktiviti kerja semenjak selasa 29 Januari 08 sehingga hari ini Khamis 31 Januari 08 akibat penarikan skop kerja blok ini dari subkontraktor sekarang yang juga membina Blok D (pihak kontraktor menggantikan dengan subkontraktor baru).


Nota:
-Bahan binaan untuk kerja bata telah pun ada di Blok B dan dijangka kerja bata akan dimulakan dalam sehari dua tanpa pengawasan pihak arkitek.
-Bagi kemudahan Unit PASKAL TLDM; kerja konkrit ramp telah disiapkan sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Rabu 30 Januari 08. Progres sekarang adalah kerja bata di Stor

kerja bata untuk stor di Unit PASKAL TLDM pada Khamis 31 Jan 08. (gambar khamis 31 Jan 08)

-Kerja bangunan pencawang elektrik di dalam progres dengan kerja konkrit bagi keseluruhan footing telah siap dikonkrit pada hari ini Khamis 31 Jan 08.


foundation bagi bangunan pencawang elektrik siap dikonkrit pada hari ini Khamis 31 Jan 08 (gambar Khamis 31 Jan 08)

-Keseluruhan, tahap kemajuan kerja tapak agak membimbangkan. Terdapat beberapa masalah yang menyebabkan progres tapak perlahan. Blok D & E berlaku mengalami kemajuan kerja perlahan akibat masalah dalaman subkontrakor - kontraktor utama. Ditambah lagi akibat ketidakcukupan tetulang besi (hanya sampai pada Jumaat 25 Januari 08). Kekurangan BRC juga menyebabkan progres kerja Blok D dan Blok C perlahan. (kali terakhir BRC dihantar ke tapak projek ini adalah pada 18 Disember 07).
-Mesyuarat kemajuan bulanan telah diadakan pada Selasa 29 Januari 08 dengan dipengerusikan oleh Mejar Yahya Md Noh.

1 comment:

Primus said...

Salam sejahtera,

1.Masalah dalaman kontraktor utama dengan subkontraktor adalah masalah dalaman,kelewatan yang berlaku adalah tanggungjawab kontraktor utama.

2.Kerja bata telah berjalan,pemantuan kualiti terhadap kerja-kerja ini adalah tertakluk kepada pihak akitek.

Sekian, selamat bercuti lagi kepada semua.