Saturday, April 26, 2008

Progres Tapak Pada 25 April 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 25 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


Pemandangan Panorama dari pintu masuk utama (diambil pada Jumaat 25 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja konkrit bagi 1st floor slab masih berlangsung sepanjang minggu ini. Kerja tiang pada 1st floor sedang dijalankan (50%)


BLOK B
Kerja tiang pada 3rd floor sedang dijalankan. Lain-lain adalah kerja plumbing pada 2nd floor.


BLOK C
Formworks bagi 3rd floor slab sedang dijalankan (75%). Pemasangan besi bagi beam telah dilakukan pada formworks tersebut. Kerja bata sedang berjalan pada blok ini di ground floor.


BLOK D
Kerja pemasangan besi dan formworks tiang pada 1st floor sedang dijalankan.


BLOK E
Kerja pemasangan besi dan formworks tiang pada 1st floor sedang dijalankan. Pemasangan formworks pada 1st floor sedang berjalan.



Kerja formworks bagi 1st floor di Blok E (gambar diambil pada Jumaat 25 April 08)


BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja konkrit bumbung yang juga kerja konkrit terakhir bagi keseluruhan struktur RC bangunan ini telah disiapkan melalui kerja konkrit hari ini 25 April 08.


Nota:
-Kerja tanah di Paskal dan penyiapan cerun dibelakang Blok D masih tidak dijalankan. Ini melibatkan masalah pembayaran antara kontraktor dan subkontraktor kerja tanah terbabit. Perkara ini telah dibangkitkan di dalam mesyuarat kemajuan pada 22 April 08 di mana pihak kontraktor diminta menyelesaikan masalah ini dengan segera.

-Kerja konkrit berjalan kembali mulai Khamis 24 April 08 setelah hampir seminggu ketiadaan bekalan konkrit dari satu-satunya pembekal konkrit yang kontraktor ini ada buat masa ini.

-Kerja RC di blok B dilakukan oleh subkontraktor dari Taiping yang turut membina blok D & E. Walaubagaimana pun subkontraktor ini kekurangan pekerja tukang kayu mahir yang memberi kesan kepada progres kerja (dari 40++ pekerja, hanya lebih kurang 10 sahaja tukang kayu; yang lainnya adalah pekerja bangladesh yang tidak mahir/helpers)

-Pada Isnin 21 April 08, pemeriksaan mengejut dilakukan oleh Polis Tentera (protela) setelah menerima laporan terdapat penyalahgunaan pas. Didapati sebahagian pekerja menggunakan pas masuk kepunyaan orang lain dan pas yang sudah tamat tempoh. Beberapa pekerja telah ditahan dan dibawa keluar oleh pihak polis tentera untuk penyiasatan lanjut.

-Ujian tensile test telah dijalankan pada sample rebars Armgate Mill S/B dan sample bata di Ipoh pada Khamis 24 April 08. Keputusan akan dimajukan pada pihak berkaitan dalam masa terdekat.

-Mesyuarat kemajuan bulanan telah diadakan pada Selasa 22 April 08 dan dipengerusikan oleh Mejar Yahya Md Noh.

Thursday, April 17, 2008

Progres Tapak Pada 17 April 08


Pemandangan Panorama (di
ambil pada Jumaat 17 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


Pemandangan Panorama dari pintu masuk utama (diambil pada Jumaat 17 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja konkrit bagi 1st floor slab telah dimulakan pada Isnin 14 April 08. Kerja persediaan serupa bagi baki 1st floor slab dalam progres.


BLOK B
Kerja masih lagi pada pemasangan tetulang besi & formworks bagi 3rd floor columns. Kerja lain adalah kerja plumbing, pemasangan kabel elektrik dsbg.


BLOK C
Formworks bagi 3rd floor slab sedang dijalankan.


BLOK D
Baki terakhir 1st floor slab telah dikonkrit pada Khamis 17 April 08, juga pada hari yang sama kerja konkrit tiang 1st floor dijalankan (40%)

BLOK E
Kerja ground floor columns telah dijalankan pada Sabtu 12 April 08 (30%). Kerja formworks bagi 1st floor slab bagi sekitar tiang yang telah dikonkrit tersebut sedang dijalankan.

BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja pemasangan besi dan formworks bagi rc roof sedang dijalankan dan hampir siap.


Nota:

-Lawatan Lt. Kolonel Ir. Radzi & Mejar Yahya Md Noh dari JPP, Kementerian Pertahanan ke tapak pada Isnin 14 April 08.


Lt Kolonel Ir. Radzi dari Kementeri Pertahanan diberi taklimat oleh jurutera residen Mahawir Mat Lawi

-stor paskal hanya tinggal kerja pemasangan elektrik sahaja. Lain-lain telah disiapkan dan dijangka akan diserah pada end-user dalam masa terdekat ini. Walaubagaimana pun kerja tanah di PASKAL masih belum berjalan begitu juga kerja tanah di cerun belakang Blok D.

-kerja bata perlahan akibat kualiti bata yang digunakan dikomen oleh pihak akitek. Kontraktor juga diperingatkan untuk mengemukakan material approval form bagi bata ini. Sehubungan itu, subkontraktor kerja bata tidak meneruskan dengan baik kerja bata akibat ini dikhuatiri risiko kerja bata tidak diterima oleh akitek.

-Lagi penghantaran stok baru tetulang besi pada Jumaat 17 April 08 (30 Tan metrik)

-Kerja konkrit tidak dapat diteruskan mulai Jumaat 17 April 08 dan dijangkakan pada Khamis 24 April 08 baru dapat disambung kembali. Ini kerana satu-satunya pembekal konkrit bagi projek ini menghadapi tempahan penuh konkrit dari projek lain dan tidak dapat membekal ke projek ini.Pihak kontraktor dinasihatkan mempelbagaikan pembekal konkrit untuk mengelakkan progres kerja tapak terganggu.

Thursday, April 10, 2008

Progres Tapak Pada 10 April 08


Pemandangan Panorama (di
ambil pada Khamis 10 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja formworks bagi 1st floor slab hampir siap. Stok baru tetulang besi sampai di tapak pada Jumaat 04 April 08. Kerja pemasangan tetulang besi dan BRC dijalankan 50%. Kerja M&E sedang dijalankan.


BLOK B
Kerja pemasangan tetulang besi bagi 3rd floor columns dalam progres dengan penghantaran baru tetulang besi pada Jumaat 04 April 08. Kerja lain adalah kerja plumbing, pemasangan kabel elektrik dsbg.


Pemeriksaan kerja bata oleh Akitek Razman Ramli pada Rabu 09 April 08


Pressure test dijalankan bagi memastikan tiada kebocoran pada paip air

BLOK C
Kerja konkrit dijalankan pada pada liftwall 2nd floor pada Selasa 08 April 08. Kerja bata sedang dijalankan. Formworks bagi 3rd floor slab sedang dijalankan.


BLOK D
Kerja M&E bagi baki 1st floor slab sedang dijalankan dan dijangka baki terakhir 1st floor slab akan dikonkrit dalam masa terdekat. Kerja tiang 1st floor sedang dijalankan pada kawasan 1st floor slab yang telah dikonkrit.


BLOK E
Kerja ground floor columns sedang dijalankan.


BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja konkrit tiang telah dijalankan pada Rabu 09 April 08.


Nota:
-stor paskal hanya tinggal kerja pemasangan elektrik sahaja. Lain-lain telah disiapkan dan dijangka akan diserah pada end-user dalam masa terdekat ini. Walaubagaimana pun kerja tanah di PASKAL masih belum berjalan begitu juga kerja tanah di cerun belakang Blok D.

-Kerja RC di semua blok yang tergendala akibat ketiadaan besi telah berjalan kembali dengan penghantaran stok baru tetulang besi pada Jumaat 04 April 08

Friday, April 4, 2008

Progres Tapak Pada 04 April 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 04 April 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja formworks bagi 1st floor slab sedang berjalan (75%). Walaubagaimana pun kerja pemasangan tetulang besi masih belum berjalan akibat ketiadaan tetulang besi di tapak.


Progres kerja blok A (gambar pada Jumaat 04 April 08)


BLOK B
Kerja RC tidak berjalan akibat ketiadaan tetulang besi. Kerja bata berada di aras 2nd floor. Kerja lain adalah kerja plumbing, pemasangan kabel elektrik dsbg.


BLOK C
Kerja RC hanya pada liftwall 2nd floor. Kerja bata sedang dijalankan setelah dimulakan pada Isnin 31 Mac 08.


Progres kerja bata di blok C (gambar pada Jumaat 04 April 08)


BLOK D
Kerja konkrit di 1st floor slab telah dijalankan pada Rabu 02 April 8 (50% siap). Dijangka awal minggu depan kerja konkrit bagi baki siap sepenuhnya.


BLOK E
Kerja RC disambung kembali pada oleh subkontraktor baru pada Jumaat 04 April 08.


BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja konkrit ground slab telah berjalan pada Khamis 03 April 08.


Progres kerja bangunan pencawang elektrik (gambar pada Jumaat 04 April 08)


Nota:
-Core test berhubung isu 'concrete cracks' akibat ketiadaan kerja curing yang melibatkan 4nos sampel core + 1nos telah dijalankan pada Jumaat 04 April 08. Keputusan akan dimajukan pada ibupejabat PB.

-stor paskal masih lagi melibatkan beberapa aktiviti kerja kemasan dan m&e . Kerja merobohkan ramp/kolah sediada telah pun siap. Walaubagaimana pun kerja tanah masih belum berjalan.

-Kerja RC di blok B dan C tiada progres akibat kekurangan tenaga pekerja disamping menghadapi masalah kekurangan tetulang besi. Sementara itu, pekerja-pekerja subkontraktor RC bagi blok-blok ini telah digunakan bagi menyiapkan kerja RC di 1st floor slab Blok D akibat subkontraktor terdahulu Blok D & E telah berhenti kerja.

-Subkontraktor baru Blok D & E telah memulakan kerja pada Jumaat 04 April 08. Menggantikan subkontraktor terdahulu yang berhenti kerja pada 22 Mac 08. Di antara masa itu (27 Mac 08 -sehingga subkontraktor baru masuk); subkontraktor dari Blok B/C melakukan kerja di Blok D

-Bekalan baru tetulang besi telah sampai pada Jumaat 04 April 08. Walaubagaimana pun didapati jenama baru digunakan 'intergate steel mill' tanpa memaklum dan mendapat kelulusan dari pihak perunding terlebih dahulu. Pegawai penguasa telah dimaklumkan berhubung perkara ini. Sehubungan ini, pihak kontraktor telah diperingatkan risiko berkaitan disamping telah diarah untuk menjalankan ujian 'tensile' dengan kadar segera.


bekalan baru tetulang besi baru sampai pada Jumaat 04 April 08(gambar pada Jumaat 04 April 08)

-Kerja pembinaan perparitan sementara telah dijalankan sebahagiannya di berhampiran Blok D. Ini dijangkakan menyelesaikan masalah risiko banjir lumpur di Blok PASKAL.


pemasangan temporary culvert bagi kerja pembinaan perparitan sementara (gambar pada Jumaat 04 April 08)

-Akitek En. Razman Ramli telah melakukan lawatan tapak pada Rabu 02 April 08.