Friday, March 7, 2008
Progres Tapak Pada 07 Mac 08
Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 07 Mac 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja konkrit ground floor columns telah dimulakan pada Isnin 03 Mac 08. Kerja menyiapkan bagi ground floor columns dalam progres.
progres kerja di blok A (gambar pada Jumaat 07 Mac 08)
BLOK B
Kerja konkrit bagi 3rd floor slab telah dimulakan pada Selasa 04 Mac 08. Kerja elektrikal dan juga plumbing di dalam progres di blok ini. Kerja bata dijalankan pada ground floor dan dijalankan tanpa pengawasan pihak arkitek.
BLOK C
Kerja konkrit pada 2nd floor columns telah dimulakan pada Isnin 03 Mac 08. Kerja M&E di dalam progres di blok ini.
BLOK D
Progres kerja pada 1st floor slab. Masih pada kerja pemasangan tetulang besi beams. Lambat kerana pekerja-pekerja tidak berkemahiran.
BLOK E
Tiada aktiviti.
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja formworks untuk TNB trench.
Nota:
-Di groundfloor columns Blok A terdapat banyak honeycomb dan satu tiang telah dipecahkan oleh kontraktor akibat kualiti kerja yang teruk. Pemeriksaan selanjutnya akan dilakukan pada tiang-tiang yang terlibat untuk menilai kesan honeycomb. NCR 014 telah dikeluarkan berhubung ini.
Gambar-gambar diatas adalah tiang-tiang yang menghadapi masalah honeycomb di Blok A. Gambar di bawah menunjukkan selepas hacking tapi masih kedapatan honeycomb dan kontraktor diarah untuk hacking sehingga ke 'sound area'.
-Progres perlahan kerja bata akibat bilangan pekerja sedikit disamping mogok berlaku sehingga tarikh laporan ini dari sabtu minggu lepas, disamping itu menghadapi kesukaran menghubungi akitek dan ketiadaan kerani tapak akitek.
-Mogok berlaku dari sabtu minggu lepas sehingga tarikh laporan minggu ini membabitkan subkontraktor-subkontraktor Blok B & C. Ini memberi kesan kepada progres kerja tapak.
-stor paskal masih tidak siap; tiada akitiviti kerja sepanjang laporan minggu ini.
-pihak kontraktor telah mengemukakan permohonanan EOT no 02. Pihak PB tapak sedang melakukan semakan dan akan memajukan ke ibupejabat sebaik selesai.
-terdapat pertukaran pengurus projek baru pada khamis 06 Mac 08. Masih tiada kenyataan rasmi dari pihak kontraktor dan yang demikian PB tapak akan masih berurusan dengan pengurus projek lama.
-kekerapan hujan turun minggu ini, pihak kontraktor masih tidak menyiapkan temporary drainage dan ini mungkin mendatangkan risiko banjir lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Honeycomb pada column didapati excessive dan ada yang hampir sebahagian tiang void.Adalah lebih sesuai tiang-tiang ini dibuang dan digantikan dengan tiang baru.
Salam sejahtera,
EOT no 2, banyak perkara yang dipohon ASSB, memerlukan semakan terperinci dari PB kerana ada perkara-perkara yang tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Column formwork - tidak disediakan window,concrete free fall dari aras yang tinggi.Jika ada window conrete akan dituang ikut lapisan dan mudah untuk buat pemadatan.Dicadangkan ASSB sediakan window pada column.
Post a Comment