Friday, March 21, 2008
Progres Tapak Pada 21 Mac 08
Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 21 Mac 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja konkrit ground floor columns siap keseluruhannya pada Jumaat 21 Mac 08. Ini termasuk sekali 10 batang tiang yang telah diarah untuk dipecah dan dibina semula. Kerja memperbaiki lain-lain tiang menggunakan non shrinkage grout sedang dijalankan. Juga kerja formworks bagi 1st floor slab sedang berjalan.
Progres kerja blok A(gambar pada Jumaat 21 Mac 08)
Kerja memperbaiki kecacatan tiang menggunakan non shrinkage grout (gambar pada Rabu 19 Mac 08)
BLOK B
Aktiviti kerja rc disambung kembali pada Rabu 19 Mac 08 setelah mogok panjang. Walaubagaimana pun bilangan pekerja yang datang menurun dan tidak ramai. Kerja rc masih tertumpu untuk menyiapkan baki separuh kerja konkrit 3rd floor slab. Kerja bata telah mencapai aras 1st floor.
Progres kerja bata di blok B (gambar diambil pada Jumaat 21 Mac 08)
Kerja plumbing di bilik air unit penghuni (gambar pada Jumaat 21 Mac 08)
BLOK C
Aktiviti kerja rc di blok C disambung kembali pada Selasa 18 Mac 08 setelah mogok panjang. Walaubagaimana pun bilangan pekerja yang datang menurun dan tidak ramai. Dan kerja konkrit untuk 2nd floor columns berjaya disiapkan pada hari Khamis 20 Mac 08.
BLOK D
Tiada aktiviti kerja rc semenjak Selasa 18 Mac 08 kecuali kerja M&E yang diperhatikan pada hari tersebut di 1st floor slab.
BLOK E
Tiada aktiviti kerja rc semenjak Isnin 17 Mac 08.
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Kerja konkrit bagi trench sides disempurnakan pada Selasa 18 Mac 08.
progres kerja Bangunan Pencawang Elektrik (gambar pada Jumaat 21 Mac 08)
Nota:
-Pemeriksaan mock up kerja bata dan lain-lain kerja berkaitan yang telah dijadualkan pada Selasa 18 Mac 08 dibatalkan akibat ketidakhadiran pihak akitek DCA. Notis lewat dimaklumkan dimana Ar. Razman Ramli cuti sakit. Yang demikian seperti dimaklumkan pada pegawai penguasa Mejar Yahya Md Noh, kerja tersebut akan diteruskan demi untuk mengelakkan kelewatan projek.
-Difahamkan subkontraktor kerja rc bagi Blok D & E telah memaklumkan untuk menarik diri dari projek ini yang mengakibatkan kebelakangan ini tiada aktiviti kerja di blok-blok tersebut.
-Kerja coring 4nos + 1 nos telah dijalankan pada beberapa bahagian di 2nd floor Blok B dan 1st floor Blok A. Pada 2 nos sampel core yang diambil; masing-masing di blok B dan C, terdapat rekahan mikro (concrete cracks) pada sampel-sampel core tersebut. Core test akan dijalankan dalam tempoh masa terdekat ini.
concrete cracks sepanjang sampel core yang diambil di 2nd floor slab (koridor) (gambar pada Selasa 18 Mac 08)
cracks diperhatikan sepanjang dinding lubang core bagi sampel core (gambar di atas) yang diambil
-stor paskal masih tidak siap; tiada akitiviti kerja sepanjang laporan minggu ini. Pengurus projek kontraktor telah berjumpa dengan pegawai PASKAL seperti dikehendaki dalam mesyuarat Feb 08. Terdapat beberapa permintaan tambahan dari pihak PASKAL yang mana pihak kontraktor dinasihatkan oleh perunding PB agar memaklumkan terlebih dahulu pada pegawai penguasa. -kerja tanah dan penyiapan cerun di belakang Blok D tidak dimulakan disamping risiko pencemaran lumpur pada blok penginapan PASKAL TLDM akibat kerja temporary drainage masih tidak dilakukan. Kekerapan hujan tinggi kebelakangan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment