Friday, January 4, 2008

Progres Tapak Pada 04 Jan 08


Pemandangan Panorama (diambil pada Khamis 03 Jan 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja memecahkan keseluruhan 43nos telah siap dilakukan pada hari ini Jumaat 04 Januari 08. Pemeriksaan secara terperinci akan dilakukan terhadap semua existing cut-off pile (condition at top of pile) secara individu bagi untuk memastikan tiada kerosakan atau jika ada kerosakan (keretakan, chipping sebagainya), kontraktor akan diarahkan melakukan kerja hacking secara manual sehingga ke bahagian yang baik. Aras setiap pile head (cut off pile) bagi setiap pile cap yang akan dibina semula juga akan diperiksa supaya sama satu sama lain sebelum kerja lean concrete dibenarkan.


Blok A - kerja hacking sedang dijalankan. Kerja hacking ini bermula pada Rabu 02 Jan 08 (gambar pada Khamis 03 Jan 08)


BLOK B

Kerja pemasangan kotak acuan untuk 2nd floor slab hampir siap (95%). Kerja pemasangan tetulang besi bagi semua beam 2nd floor sedang dijalankan (90%) kecuali pemasangan BRC (belum dijalankan). Terdapat kelewatan disebabkan pihak kontraktor gagal mengesan percanggahan antara lukisan arkitek dan struktur dan memaklumkan pada pihak perunding. Sebaliknya meneruskan kerja pembinaan terbabit. Ini memaksa sebahagian tetulang besi bagi balcony beams di 2nd floor berkenaan (FB7 dan FB13) terpaksa dibuka dan dipasang baru berdasarkan perincian berkaitan yang dikemukakan oleh perunding (percanggahan dikesan oleh pihak perunding).

Kontraktor juga telah diarahkan membersihkan kesan-kesan minyak pada tetulang besi sebelum diturunkan dalam beam terbabit dan pemeriksaan bersama pihak perunding perlu dijalankan sebelum kerja selanjutnya untuk memastikan kesan minyak tersebut dihilangkan.


Blok B-Kerja pemasangan tetulang besi bagi 2nd floor beams (gambar pada Khamis 03 Jan 08)


BLOK C
Kerja konkrit 1st floor siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja pemasangan tetulang besi bagi 1st floor columns di dalam progres (20%).

Pihak kontraktor didapati kebelakangan ini tidak mengambil berat perlaksanaan kerja curing. Beberapa pemeriksaan tapak secara rawak mendapati tiada kerja curing dijalankan. Ini kritikal terutamanya jika melibatkan kawasan yang luas seperti slab. Sehubungan itu memo telah dikeluarkan untuk kontrakor mengambil langkah perlu memastikan perlaksanaan kerja curing.


BLOK D
Kerja konkrit ground beams siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja konkrit bagi 40% ground floor columns dijangka dijalan esok sabtu 05 Jan 08. Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja.


BLOK E
Kerja konkrit ground beams di Blok E siap sepenuhnya dengan kerja konkrit terakhir pada Khamis 03 Jan 08. Kerja penimbusan tanah, pemadatan dan anti termit sedang berlangsung bagi ground slab.

Nota:
- Pihak kontraktor masih gagal memaklumkan pihak perunding percanggahan lukisan walaupun berulangkali isu ini dibangkitkan dalam mesyuarat kemajuan bulanan. Sebaliknya adalah difahamkan, pihak subkontraktor telah diarahkan oleh kontraktor agar meneruskan kerja tanpa mempedulikan percanggahan tersebut. Ini menyebabkan kelewatan kerja di samping kos tambahan dan masa yang tidak perlu seperti yang berlaku pada blok B di atas dan juga beberapa kes terdahulu seperti yang dimaklumkan di dalam mesyuarat kemajuan bulanan.
- Pihak kontraktor masih tidak melaksanakan kerja pembinaan temporary drainage/toe drain dan kerja slope protection berkaitan demi untuk mengelakkan banjir lumpur berlaku lagi. Pengurus projek kontraktor ini sekali lagi dimaklumkan isu ini secara lisan pada khamis 03 Jan 08 dan tindakan segera diarahkan untuk dijalankan.
- Kerja pembinaan struktur konkrit stor paskal siap. Pembinaan kolah sedang berlangsung.
- Awal minggu ini subkontraktor ke tiga bagi kerja pembinaan struktur telah masuk melakukan kerja. Subkontraktor tempatan ini (dari Air Tawar, Perak) membina Blok A dan fasiliti Paskal seperti ramp, kolah dan stor. Subkontraktor Chan Hwa membina Blok B dan Blok C. Manakala satu lagi subkontraktor membina Blok D dan Blok E.
- Mesyuarat Kemajuan Bulanan no 10 telah dijalankan pada 27 Disember 07.

1 comment:

Primus said...

Salam sejahtera,
1.Blok A - ASSB diminta mengambil perhatian terhadap pile semasa kerja-kerja memecah pile cap.Elak kan pile dari patah tetapi jika pecah dibahagian atas pemotongan pile perlu dibuat dan pile cap perlu ditebalkan.

2.Curing - ASSB perlu cure konkrit kerana berlaku keretakan kepada lantai jika tidak dibuat dengan sempurna.

3.Temporary drainage adalah kmestian dan telah diperuntukan didalam bill.Sangat mustahak untuk mengelakan banjir lumpur dikawasan luar tapak bina.

4.Discrepancy dwg - ASSB mestilah mengambil perhatian kerana peruntukan didalam kontrak menyatakan kontraktor bertanggungjawab memmaklumkan kepada SO jika ada beza.

Sekian.