Wednesday, December 19, 2007

Progres Tapak Pada 19 Dec 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Rabu 19 Dec 2007)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Final core test telah dijalankan pada Rabu 12 Dec 07 (71 nos sampel). Daripada 71 nos sampel, 42 sampel gagal. Sementara itu tiada progres fizikal di Blok ini sejak laporan terakhir minggu lepas.


BLOK B
Kerja pemasangan kotak acuan untuk 2nd floor slab sedang berjalan (40%).


Blok B (gambar pada 19 Dec 07)


BLOK C
Pemasangan tetulang besi bagi 1st floor sedang di dalam progres (50%). Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja.


BLOK D
Kerja konkrit ground beams siap 75% dan masih berjalan bagi baki lain. Kerja pemasangan tetulang besi untuk ground floor slab sedang berjalan (50% telah dipasang tetulang besi). Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja.


BLOK E
Kerja konkrit ground beams siap 40% dan masih berjalan bagi baki lain.


Nota:
- Sub kontraktor yang melakukan kerja pembinaan konkrit di Blok D dan E tidak cukup berkemahiran. Ini menyebabkan kerja pemeriksaan berulang-ulang dan memberi kesan kepada progres kerja.
- Sub kontraktor yang melakukan kerja pembinaan konkrit di Blok C mengalami masalah dalaman yang menyebabkan kelewatan pada kerja konkrit 1st floor slab. Pihak kontraktor telah dimaklumkan secara verbal bahawa kelewatan ini tidak boleh diterima dan diharapkan mengambil tindakan pembetulan segera.
- Kerja pembinaan konkrit stor paskal siap. Pembinaan kolah sedang berlangsung.

Tuesday, December 11, 2007

Progres Tapak Pada 11 Dec 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Selasa 11 Dec 2007)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Final core test dijangkakan akan dijalankan pada Rabu 12 Dec 07 (71 nos sampel). Sementara itu tiada progres fizikal di Blok A melainkan kerja perlindungan tetulang besi menggunakan cement slurry.


Blok A (gambar pada 11 Dec 07)


BLOK B
Kerja konkrit untuk tiang di 1st floor siap 100% (kerja konkrit terakhir adalah sabtu lepas 08 Dec 07). Aktiviti sekarang adalah removal of concrete forms bagi tiang dan 1st floor slabs/beams. Didapati struktur terlibat terutama struktur-struktur beam tiada props disediakan. Kontraktor telah diperingatkan untuk menyediakan props seperti dikehendaki dalam spesifikasi.


Blok B (gambar pada 11 Dec 07)

BLOK C
Formworks bagi 1st floor sedang di dalam progres (50%). Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja.


BLOK D
Kerja konkrit ground beams di dalam progress (60%). Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja. Sub kontraktor terlibat tidak mahir dalam kerja pemasangan forms dan rebars installation seperti forms misalignment, form dimensions unacceptable (actual at site form 180mm instead of 200mm width of beam), missing rebars, lapping insufficient dsbg menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk 'memberi tunjukajar' dan inspection dilakukan berulang-ulang dan mengambil masa untuk memastikan tiada kesilapan sebelum kerja konkrit dibenarkan. Ini memberi kesan kepada kemajuan kerja.


BLOK E
Kerja pembinaan pile cap siap 100% (kerja konkrit terakhir adalah Khamis 06 Dec 07) . Formworks dan rebars installation untuk ground beam dalam progres.


Blok E (gambar pada 11 Dec 07)

Nota:
- Kerja trial mix yang kedua dijalankan pada Selasa 04 Dec 07 di Hanson Concrete di Teluk Muruh, Lumut. Ujian sieving mendapati aggregate memenuhi keperluan spesifikasi dan kerja trial mix dibenarkan.
- Kerja pembinaan stor paskal dalam progres begitu juga pembinaan kolah.


pembinaan stor paskal dan kolah di dalam progres (gambar 11 Dec 07)

Monday, December 3, 2007

Progres Tapak Pada 03 Dec 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Isnin 03 Dec 2007)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja mengambil core siap dijalankan sepenuhnya pada Jumaat 30 Nov 07. Kerja penyediaan untuk core test dalam proses. Ipoh Lab akan memaklumkan bila sampel siap untuk core test untuk disaksikan oleh pihak perunding.


BLOK B
Kerja konkrit untuk tiang di 1st floor siap 30% dan dalam progres.


Kerja konkrit tiang di 1st floor di Blok B (gambar pada 03 Nov 07)


BLOK C
Kerja konkrit liftwall di ground floor dijalankan dan siap pada Jumaat 30 Nov 07. Kerja konkrit bagi tiang ground floor telah pun siap manakala kerja pemasangan perancah bagi 1st floor sedang berlangsung.


BLOK D
Kerja pemasangan forms dan rebars installation untuk ground beams di dalam progress. Inspection untuk liftwall di ground floor telah dijalankan pada hari ini dan kerja konkrit dibenarkan setelah beberapa komen teknikal dari perunding C&S dipatuhi.


verticality checking dijalankan bagi liftwall di Blok D (gambar pada 03 Dec 07)



BLOK E
Kerja pembinaan pile cap masih di dalam progres dengan penyiapan 90% manakala kerja penimbusan sedang dijalankan bagi lain-lain pilecap yang telah disiapkan.


Nota:
- Kerja trial mix dijalankan pada 23 Nov 07 di Hanson Concrete di Teluk Muruh, Lumut walaubagaimana pun trial mix berkenaan dibatalkan oleh perunding C&S apabila mendapati stockpile bagi course aggregate di plant berkenaan mengandungi lebih banyak aggregate halus yang tidak mengikuti kehendak spesifikasi. Sehubungan itu pihak concrete supplier tersebut telah diarahkan untuk menjalankan sieving test pada trial mix yang akan datang.


pemeriksaan visual mendapati coarse aggregate stockpile bagi kegunaan trial mix pada 23 Nov 07 didapati lebih banyak mengandungi 'chippings'. Pihak concrete supplier berkenaan juga mengakui masalah ini dan sehubungan itu trial mix tersebut ditangguhkan.

- Kerja pembinaan stor paskal telah pun bermula dan pada hari ini kerja konkrit ground beam dijalankan.


pembinaan stor paskal di dalam progres
(gambar 03 Dec 07)

Tuesday, November 27, 2007

Progres Tapak Pada 27 Nov 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Selasa 27 Nov 2007)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Kerja mengambil core pada baki pilecap terlibat dalam progres.

BLOK B
Kerja konkrit untuk 1st floor slab siap 95% (kecuali berhampiran lobby lift). Kerja pemasangan tetulang besi bagi tiang di 1st floor sedang dilaksanakan.


Kerja pemasangan tetulang besi bagi tiang di 1st floor di Blok B


BLOK C
Kerja konkrit bagi tiang ground floor siap. Kerja pemasangan tetulang besi dan forms bagi liftwall dlm progres.


BLOK D
kerja konkrit pile cap siap. Kerja pemasangan forms untuk ground beams didalam progress.


BLOK E
Kerja pembinaan pile cap masih di dalam progress.

Nota:
- Mesyuarat Kemajuan Bulanan no 09 diadakan pada 22 Nov 07 dan dipengerusikan oleh Mejar Yahya Md. Noh.
- pada 26 Nov 07, kesesakan teruk dipintu masuk ke pangkalan TLDM Lumut (akibat latihan ketenteraan 26-29 Nov 07), kerja konkrit pilecap di Blok E pada hari berkenaan terpaksa ditangguhkan. Walaubagaimana pun keesokan harinya, keadaan trafik masuk kembali pulih seperti biasa.

Tuesday, November 20, 2007

Progres Tapak Pada 20 Nov 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Selasa 20 Nov 07)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja mengambil core pada baki pilecap terlibat yang baru disambung kembali pada 13 Nov 07 (6 nos). Baki 35nos.

BLOK B
Kerja konkrit untuk 1st floor slab dijalankan hari ini 20 Nov 07(40% dari keseluruhan 1st floor).



Kerja konkrit dijalankan buat kali pertamanya bagi 1st floor di Blok B (gambar 20 Nov 07)


BLOK C
Kerja konkrit bagi tiang ground floor di dalam progres .


BLOK D
kerja konkrit pile cap (stump) masih dalam progres. Kerja pemasangan forms untuk ground beams didalam progress.


BLOK E
Kerja pembinaan pile cap masih di dalam progress.



Wednesday, November 14, 2007

Progres Tapak Pada 14 Nov 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Rabu 14 Nov 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Tiada aktiviti kecuali kerja mengambil core pada baki pilecap terlibat yang baru disambung kembali pada 13 Nov 07 (6 nos). Progres kerja ini sangat perlahan. Baki 56nos. Kontraktor telah diberikan memo berhubung keadaan yang tidak memuaskan ini.

BLOK B
Kerja pemasangan BRC untuk 1st floor slab sedang dijalankan. Kontraktor telah diperingatkan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan terutamanya kerja M&E supaya kerja konkrit berkaitan tidak terganggu.


BLOK C
Kerja konkrit bagi tiang ground floor di dalam progres (1/3 sudah dikonkrit).


BLOK D
kerja konkrit pile cap (stump) masih dalam progres.


BLOK E
Kerja pembinaan pile cap telah dimulakan pada Sabtu 10 Nov 07. Kerja konkrit pile cap telah dijalankan pada Selasa 13 Nov 07 dan progres kerja pile cap sedang berjalan.


Blok E (gambar pada Rabu 14 Nov 07)


Lain-lain

- Bermula dari akhir minggu lepas, terdapat kemasukan ketara ramai pekerja-pekerja tapak dalam lingkungan 70-80 pekerja. Peningkatan aktiviti kerja tapak dapat dilihat. Kemajuan ketara adalah aktiviti kerja di Blok E yang mula berjalan setelah lama tertangguh.

Friday, November 9, 2007

Progres Tapak Pada 09 Nov 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 09 Nov 07)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Tiada aktiviti kecuali kerja mengambil core pada baki pilecap terlibat dalam minggu ini. Walaubagaimana pun progres kerja ini sangat perlahan. Hanya 3nos sample core diambil (pada 02 Nov 07) dengan baki 62nos lagi. Kontraktor telah diberikan memo berhubung perkara ini.

BLOK B
Kerja pemasangan tetulang besi untuk 1st floor slab sedang dijalankan.


Blok B (gambar pada 09 Nov 07)

BLOK C
Ground slab telah siap. Kerja pemasangan tetulang besi bagi tiang ground floor di dalam progres.


Blok C (gambar pada 09 Nov 07)

BLOK D
kerja konkrit pile cap dalam progres.


Blok D (gambar pada 09 Nov 07)

BLOK E
masih tiada progres.


Lain-lain

- Mogok sebahagian pekerja kontraktor berlaku pada Rabu 07 Nov 07.
- Kerja konkrit liftwall di Blok B tidak dibenarkan untuk dijalankan - kontraktor dikehendaki menyelesaikan isu opening lift door opening berhubung komen dari pihak arkitek disamping mengemukakan kepada perunding method statement liftwall verticality check.

Tuesday, October 30, 2007

Progres Tapak Pada 30 Oct 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Selasa 30 Oct 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Tiada aktiviti semenjak laporan terakhir 04 Oktober 07 lalu kecuali kerja perlindungan tetulang
besi yang lama terdedah telah dimulakan menggunakan cement slurry. Kontraktor akan menyambung semula kerja mengambil core pada baki pilecap terlibat dalam minggu ini.

BLOK B
Kerja pemasangan formworks untuk 1st floor slab sedang dijalankan.


Blok B (gambar pada 30 Oct 07)

BLOK C
Kerja konkrit ground slab di dalam progres.


Blok C (gambar pada 30 Oct 07)

BLOK D
kerja konkrit pile cap dalam progres.


Blok D (gambar pada 30 Oct 07)

BLOK E
masih tiada progres.


Lain-lain

- Mesyuarat kemajuan bulanan telah diadakan pada 23 Oktober 07.
-bermula dari 11 Sept 07 sehingga hari ini Selasa 30 Oct 07, talian telekomunikasi termasuk fax tidak dapat digunakan akibat pemotongan talian (kontraktor tidak menjelaskan tunggakan bil). Dua site memo pada 14 Sept 07 dan 25 Sept 07 telah dikeluarkan oleh pihak Perunding kepada kontraktor untuk menyegerakan sambungan talian supaya urusan kerja tapak tidak terjejas. Mesyuarat bulanan pada 23 Oktober 07 juga telah dimaklumkan berhubung perkara ini.

Thursday, October 4, 2007

Progres Tapak Pada 04 Oct 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Isnin 01 Oct 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Kontraktor telah menyiapkan kerja mengambil core bagi 20 nos pilecap pada 25 Sept 07. Core test telah dijalankan pada 3 Oct 07, keputusan akan dimajukan ke pihak-pihak berkaitan sebaik sahaja diterima dari pihak konktraktor nanti.

Selain dari itu tiada aktiviti berlaku di Blok A

BLOK B
Kerja penyediaan untuk 1st floor slab sedang dijalankan.


Blok B (gambar pada 01 Oct 07)

BLOK C
Kerja konkrit ground beam siap sepenuhnya pada 2 Oct 07.


Blok C (gambar pada 01 Oct 07)

BLOK D
kerja pile cap masih lagi dalam progres dengan pemasangan formworks. Progres kerja perlahan dan aktiviti terakhir di Blok D adalah pada 25 Sept 07. kerja pemasangan rebars masih belum dilaksanakan lagi. Site memo telah dikeluarkan pada 3 Okt 07 kepada pihak kontraktor supaya menyiapkan dengan kadar segera kerja pilecap. Kontraktor telah diarah untuk mengemukakan rectification proposal bagi deviated & overstressed piles.


BLOK E
tiada progres.



Lain-lain

-
pada Jumaat 28 Sept 07, progres tapak terganggu apabila sub-kontraktor kerja utama (Blok A, B & C) mogok menyebabkan kerja konkrit di Blok C tertangguh lagi.
-
pada Isnin 01 oct 07, mogok oleh sub-kontraktor kerja utama (Blok A, B & C) masih berterusan menyebabkan kerja konkrit di Blok C tertangguh lagi.
-sebahagian pekerja sediada terutama tukang kayu dan besi telah berhenti menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang menganggu kelancaran kerja tapak.
-bermula dari 11 Sept 07 sehingga hari ini khamis 04 Oct 07, talian telekomunikasi termasuk fax tidak dapat digunakan akibat pemotongan talian (kontraktor tidak menjelaskan tunggakan bil). Dua site memo pada 14 Sept 07 dan 25 Sept 07 telah dikeluarkan oleh pihak Perunding kepada kontraktor untuk menyegerakan sambungan talian supaya urusan kerja tapak tidak terjejas.

Wednesday, September 26, 2007

Progres Tapak Pada 26 Sept 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Isnin 24 Sept 07)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kontraktor telah menyiapkan kerja mengambil core samples bagi 20 nos pilecap pada 25 Sept 07. Core test akan dijalankan tidak lama nanti.

Selain dari itu tiada aktiviti berlaku di Blok A

BLOK B
Kerja penyediaan untuk 1st floor slab sedang dijalankan.


Blok B (gambar pada 24 Sept 07)

BLOK C
Kerja konkrit ground beam telah bermula pada 26 Sept 07.


Blok C (gambar pada 24 Sept 07)

BLOK D
kerja pile cap masih lagi dalam progres dengan pemasangan formworks.


BLOK E
tiada progres.


Lain-lain

-
pada Khamis 20 Sept 07, progres tapak terganggu apabila sub-kontraktor kerja utama (Blok A, B & C) mogok.
-bermula dari 11 Sept 07 sehingga hari ini 26 Sept 07, talian telekomunikasi termasuk fax tidak dapat digunakan akibat pemotongan talian (kontraktor tidak menjelaskan tunggakan bil). Dua site memo pada 14 Sept 07 dan 25 Sept 07 telah dikeluarkan oleh pihak Perunding kepada kontraktor untuk menyegerakan sambungan talian supaya urusan kerja tapak tidak terjejas.

Tuesday, September 18, 2007

Progres Tapak Pada 18 Sept 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Selasa 18 Sept 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Keseluruhannya tiada progress sejak kerja coring pada 11 Sept 07 minggu lepas. (Hanya 3 nos pilecap telah dilakukan coring dengan baki 83 nos pilecap). Kontraktor merancang untuk melakukan coring pada 20 nos pilecap sebelum membuat keputusan lanjut.


Blok A (gambar pada 18 Sept 07)

BLOK B
Semua tiang-tiang pada ground slab telah dikonkrit siap sepenuhnya. Kerja penyediaan untuk 1st floor slab sedang dijalankan.


Blok B (gambar pada 18 Sept 07)

BLOK C
Pemeriksaan ground beam untuk kerja konkrit dalam progres.


Blok C (gambar pada 18 Sept 07)

BLOK D
kerja pile cap masih lagi dalam progres.


Blok D (gambar pada 18 Sept 07)

BLOK E
tiada progres.


Blok E (gambar pada 18 Sept 07)


Lain-lain

- pada 13 Sept 07, hampir keseluruhan pekerja asing beragama Islam (kontraktor) bercuti sempena 01 Ramadan menyebabkan tiada langsung aktiviti kerja tapak.
-bermula dari 11 Sept 07 sehingga hari ini Selasa 18 Sept 07, talian telekomunikasi termasuk fax tidak dapat digunakan akibat pemotongan talian (kontraktor tidak membayar bil). Site memo telah dikeluarkan oleh pihak Perunding kepada kontraktor untuk menyegerakan sambungan talian supaya urusan kerja tapak tidak terjejas.

Wednesday, September 12, 2007

Progres Tapak Pada 12 Sept 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Rabu 12 Sept 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Kerja coring bagi baki 86nos pilecap (yang tidak menggunakan G30 JKR) baru bermula semalam 11 Sept 07 dengan 3nos pilecap telah dilakukan coring (dengan satu coring machine). Hari ini 12 Sept 07, tiada aktiviti kerja coring akibat kerosakan coring machine tersebut.


Blok A (gambar pada 12 Sept 07)

BLOK B
Hampir 2/3 tiang-tiang pada ground slab telah dikonkrit semalam 11 Sept 07.


Blok B (gambar pada 12 Sept 07)

BLOK C
Pemasangan rebars untuk ground beam masih lagi dalam progres.


Blok C (gambar pada 12 Sept 07)

BLOK D
kerja pile cap masih lagi dalam progres.


Blok D (gambar pada 12 Sept 07)

BLOK E
tiada progres.


Blok E (gambar pada 12 Sept 07)


Lain-lain

- pada 11 Sept 07, mesyuarat kemajuan bulanan telah diadakan di pejabat tapak dengan kehadiran Lt Kol Ir Baharul Razi Bin Abu Hani dan Mejar Yahya Mohd Noh dari Jabatanarah Perumahan & Pembinaan MK ATM. Manakala pihak Perunding Bersatu dihadiri oleh Mohd Hiffni Sheikh Hj Ahmad, Mahawir Hj Mat Lawi & Mohd Firdaus Shaharudin.