Wednesday, November 14, 2007

Progres Tapak Pada 14 Nov 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Rabu 14 Nov 07)-Klik photo untuk imej lebih besar

BLOK A
Tiada aktiviti kecuali kerja mengambil core pada baki pilecap terlibat yang baru disambung kembali pada 13 Nov 07 (6 nos). Progres kerja ini sangat perlahan. Baki 56nos. Kontraktor telah diberikan memo berhubung keadaan yang tidak memuaskan ini.

BLOK B
Kerja pemasangan BRC untuk 1st floor slab sedang dijalankan. Kontraktor telah diperingatkan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan terutamanya kerja M&E supaya kerja konkrit berkaitan tidak terganggu.


BLOK C
Kerja konkrit bagi tiang ground floor di dalam progres (1/3 sudah dikonkrit).


BLOK D
kerja konkrit pile cap (stump) masih dalam progres.


BLOK E
Kerja pembinaan pile cap telah dimulakan pada Sabtu 10 Nov 07. Kerja konkrit pile cap telah dijalankan pada Selasa 13 Nov 07 dan progres kerja pile cap sedang berjalan.


Blok E (gambar pada Rabu 14 Nov 07)


Lain-lain

- Bermula dari akhir minggu lepas, terdapat kemasukan ketara ramai pekerja-pekerja tapak dalam lingkungan 70-80 pekerja. Peningkatan aktiviti kerja tapak dapat dilihat. Kemajuan ketara adalah aktiviti kerja di Blok E yang mula berjalan setelah lama tertangguh.

No comments: