Friday, November 9, 2007

Progres Tapak Pada 09 Nov 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 09 Nov 07)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Tiada aktiviti kecuali kerja mengambil core pada baki pilecap terlibat dalam minggu ini. Walaubagaimana pun progres kerja ini sangat perlahan. Hanya 3nos sample core diambil (pada 02 Nov 07) dengan baki 62nos lagi. Kontraktor telah diberikan memo berhubung perkara ini.

BLOK B
Kerja pemasangan tetulang besi untuk 1st floor slab sedang dijalankan.


Blok B (gambar pada 09 Nov 07)

BLOK C
Ground slab telah siap. Kerja pemasangan tetulang besi bagi tiang ground floor di dalam progres.


Blok C (gambar pada 09 Nov 07)

BLOK D
kerja konkrit pile cap dalam progres.


Blok D (gambar pada 09 Nov 07)

BLOK E
masih tiada progres.


Lain-lain

- Mogok sebahagian pekerja kontraktor berlaku pada Rabu 07 Nov 07.
- Kerja konkrit liftwall di Blok B tidak dibenarkan untuk dijalankan - kontraktor dikehendaki menyelesaikan isu opening lift door opening berhubung komen dari pihak arkitek disamping mengemukakan kepada perunding method statement liftwall verticality check.

No comments: