Pemandangan Panorama (diambil pada Isnin 03 Dec 2007)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja mengambil core siap dijalankan sepenuhnya pada Jumaat 30 Nov 07. Kerja penyediaan untuk core test dalam proses. Ipoh Lab akan memaklumkan bila sampel siap untuk core test untuk disaksikan oleh pihak perunding.
BLOK B
Kerja konkrit untuk tiang di 1st floor siap 30% dan dalam progres.
Kerja konkrit tiang di 1st floor di Blok B (gambar pada 03 Nov 07)
BLOK C
Kerja konkrit liftwall di ground floor dijalankan dan siap pada Jumaat 30 Nov 07. Kerja konkrit bagi tiang ground floor telah pun siap manakala kerja pemasangan perancah bagi 1st floor sedang berlangsung.
BLOK D
Kerja pemasangan forms dan rebars installation untuk ground beams di dalam progress. Inspection untuk liftwall di ground floor telah dijalankan pada hari ini dan kerja konkrit dibenarkan setelah beberapa komen teknikal dari perunding C&S dipatuhi.
verticality checking dijalankan bagi liftwall di Blok D (gambar pada 03 Dec 07)
BLOK E
Kerja pembinaan pile cap masih di dalam progres dengan penyiapan 90% manakala kerja penimbusan sedang dijalankan bagi lain-lain pilecap yang telah disiapkan.
Nota:
- Kerja trial mix dijalankan pada 23 Nov 07 di Hanson Concrete di Teluk Muruh, Lumut walaubagaimana pun trial mix berkenaan dibatalkan oleh perunding C&S apabila mendapati stockpile bagi course aggregate di plant berkenaan mengandungi lebih banyak aggregate halus yang tidak mengikuti kehendak spesifikasi. Sehubungan itu pihak concrete supplier tersebut telah diarahkan untuk menjalankan sieving test pada trial mix yang akan datang.
pemeriksaan visual mendapati coarse aggregate stockpile bagi kegunaan trial mix pada 23 Nov 07 didapati lebih banyak mengandungi 'chippings'. Pihak concrete supplier berkenaan juga mengakui masalah ini dan sehubungan itu trial mix tersebut ditangguhkan.
- Kerja pembinaan stor paskal telah pun bermula dan pada hari ini kerja konkrit ground beam dijalankan.
pembinaan stor paskal di dalam progres (gambar 03 Dec 07)
3 comments:
Salam sejahtera,
1.Trial mix - sieve analysis diperlukan kerana size aggregate berbeza dgn ketara,harap Aman Selama memahami keperluan ini dan dicadangkan diperjelaskan kepada wakil mereka.Keputusan ujian trial mix sangat penting setelah melihat kualiti bahan mentah pembekal,ini juga dicadangkan dimaklumkan kepada Aman Selama.
2.Verticality lift core sangat penting,dicadangkan Aman Selama mengambil perhatian serius kerana jika sebarang masalah,lift pit tidak boleh digunakan.
Thanks.
Salam sejahtera,
Insyaallah,En Faisal akan digantikan dengan En Azlan.Awal minggu hadapan akan sampai kesana.
Thanks.
trial mix-2nd trial mix telah dijalankan semalam selasa 04 Dec 07 dengan dihadiri oleh saya dan PM kontrakor Franchis Ng. Sieving telah dijalankan dan memenuhi keperluan spesifikasi projek. Kontraktor juga telah memberikan surat undertaking letter berhubung concrete supply yang akan digunakan ini.
walaubagaimana pun saya telah maklumkan pada pihak kontraktor dan pembekal konkrit ini, pihak perunding akan datang bila2 masa melakukan inspection di plant terutamanya bagi course aggregate (20mm) dan jika didapati secara visual keadaan course aggregate tidak memuaskan, pihak perunding akan mengarahkan sieving test dijalankan dan berhak untuk menolak supply konkrit dari plant tersebut jika gagal dalam ujian tersebut.
verticality inspection untuk liftwall-maksimum tolerance dibenarkan adalah +-5mm.
Mahawir Mat Lawi
TLDM Lumut
Post a Comment