Wednesday, December 19, 2007

Progres Tapak Pada 19 Dec 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Rabu 19 Dec 2007)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Final core test telah dijalankan pada Rabu 12 Dec 07 (71 nos sampel). Daripada 71 nos sampel, 42 sampel gagal. Sementara itu tiada progres fizikal di Blok ini sejak laporan terakhir minggu lepas.


BLOK B
Kerja pemasangan kotak acuan untuk 2nd floor slab sedang berjalan (40%).


Blok B (gambar pada 19 Dec 07)


BLOK C
Pemasangan tetulang besi bagi 1st floor sedang di dalam progres (50%). Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja.


BLOK D
Kerja konkrit ground beams siap 75% dan masih berjalan bagi baki lain. Kerja pemasangan tetulang besi untuk ground floor slab sedang berjalan (50% telah dipasang tetulang besi). Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja.


BLOK E
Kerja konkrit ground beams siap 40% dan masih berjalan bagi baki lain.


Nota:
- Sub kontraktor yang melakukan kerja pembinaan konkrit di Blok D dan E tidak cukup berkemahiran. Ini menyebabkan kerja pemeriksaan berulang-ulang dan memberi kesan kepada progres kerja.
- Sub kontraktor yang melakukan kerja pembinaan konkrit di Blok C mengalami masalah dalaman yang menyebabkan kelewatan pada kerja konkrit 1st floor slab. Pihak kontraktor telah dimaklumkan secara verbal bahawa kelewatan ini tidak boleh diterima dan diharapkan mengambil tindakan pembetulan segera.
- Kerja pembinaan konkrit stor paskal siap. Pembinaan kolah sedang berlangsung.

Tuesday, December 11, 2007

Progres Tapak Pada 11 Dec 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Selasa 11 Dec 2007)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Final core test dijangkakan akan dijalankan pada Rabu 12 Dec 07 (71 nos sampel). Sementara itu tiada progres fizikal di Blok A melainkan kerja perlindungan tetulang besi menggunakan cement slurry.


Blok A (gambar pada 11 Dec 07)


BLOK B
Kerja konkrit untuk tiang di 1st floor siap 100% (kerja konkrit terakhir adalah sabtu lepas 08 Dec 07). Aktiviti sekarang adalah removal of concrete forms bagi tiang dan 1st floor slabs/beams. Didapati struktur terlibat terutama struktur-struktur beam tiada props disediakan. Kontraktor telah diperingatkan untuk menyediakan props seperti dikehendaki dalam spesifikasi.


Blok B (gambar pada 11 Dec 07)

BLOK C
Formworks bagi 1st floor sedang di dalam progres (50%). Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja.


BLOK D
Kerja konkrit ground beams di dalam progress (60%). Lihat gambar panorama di atas untuk gambaran progres kerja. Sub kontraktor terlibat tidak mahir dalam kerja pemasangan forms dan rebars installation seperti forms misalignment, form dimensions unacceptable (actual at site form 180mm instead of 200mm width of beam), missing rebars, lapping insufficient dsbg menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk 'memberi tunjukajar' dan inspection dilakukan berulang-ulang dan mengambil masa untuk memastikan tiada kesilapan sebelum kerja konkrit dibenarkan. Ini memberi kesan kepada kemajuan kerja.


BLOK E
Kerja pembinaan pile cap siap 100% (kerja konkrit terakhir adalah Khamis 06 Dec 07) . Formworks dan rebars installation untuk ground beam dalam progres.


Blok E (gambar pada 11 Dec 07)

Nota:
- Kerja trial mix yang kedua dijalankan pada Selasa 04 Dec 07 di Hanson Concrete di Teluk Muruh, Lumut. Ujian sieving mendapati aggregate memenuhi keperluan spesifikasi dan kerja trial mix dibenarkan.
- Kerja pembinaan stor paskal dalam progres begitu juga pembinaan kolah.


pembinaan stor paskal dan kolah di dalam progres (gambar 11 Dec 07)

Monday, December 3, 2007

Progres Tapak Pada 03 Dec 07


Pemandangan Panorama (diambil pada Isnin 03 Dec 2007)-Klik photo untuk imej lebih besar


BLOK A
Kerja mengambil core siap dijalankan sepenuhnya pada Jumaat 30 Nov 07. Kerja penyediaan untuk core test dalam proses. Ipoh Lab akan memaklumkan bila sampel siap untuk core test untuk disaksikan oleh pihak perunding.


BLOK B
Kerja konkrit untuk tiang di 1st floor siap 30% dan dalam progres.


Kerja konkrit tiang di 1st floor di Blok B (gambar pada 03 Nov 07)


BLOK C
Kerja konkrit liftwall di ground floor dijalankan dan siap pada Jumaat 30 Nov 07. Kerja konkrit bagi tiang ground floor telah pun siap manakala kerja pemasangan perancah bagi 1st floor sedang berlangsung.


BLOK D
Kerja pemasangan forms dan rebars installation untuk ground beams di dalam progress. Inspection untuk liftwall di ground floor telah dijalankan pada hari ini dan kerja konkrit dibenarkan setelah beberapa komen teknikal dari perunding C&S dipatuhi.


verticality checking dijalankan bagi liftwall di Blok D (gambar pada 03 Dec 07)



BLOK E
Kerja pembinaan pile cap masih di dalam progres dengan penyiapan 90% manakala kerja penimbusan sedang dijalankan bagi lain-lain pilecap yang telah disiapkan.


Nota:
- Kerja trial mix dijalankan pada 23 Nov 07 di Hanson Concrete di Teluk Muruh, Lumut walaubagaimana pun trial mix berkenaan dibatalkan oleh perunding C&S apabila mendapati stockpile bagi course aggregate di plant berkenaan mengandungi lebih banyak aggregate halus yang tidak mengikuti kehendak spesifikasi. Sehubungan itu pihak concrete supplier tersebut telah diarahkan untuk menjalankan sieving test pada trial mix yang akan datang.


pemeriksaan visual mendapati coarse aggregate stockpile bagi kegunaan trial mix pada 23 Nov 07 didapati lebih banyak mengandungi 'chippings'. Pihak concrete supplier berkenaan juga mengakui masalah ini dan sehubungan itu trial mix tersebut ditangguhkan.

- Kerja pembinaan stor paskal telah pun bermula dan pada hari ini kerja konkrit ground beam dijalankan.


pembinaan stor paskal di dalam progres
(gambar 03 Dec 07)