Thursday, October 4, 2007
Progres Tapak Pada 04 Oct 07
Pemandangan Panorama (diambil pada Isnin 01 Oct 07)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kontraktor telah menyiapkan kerja mengambil core bagi 20 nos pilecap pada 25 Sept 07. Core test telah dijalankan pada 3 Oct 07, keputusan akan dimajukan ke pihak-pihak berkaitan sebaik sahaja diterima dari pihak konktraktor nanti.
Selain dari itu tiada aktiviti berlaku di Blok A
BLOK B
Kerja penyediaan untuk 1st floor slab sedang dijalankan.
Blok B (gambar pada 01 Oct 07)
BLOK C
Kerja konkrit ground beam siap sepenuhnya pada 2 Oct 07.
Blok C (gambar pada 01 Oct 07)
BLOK D
kerja pile cap masih lagi dalam progres dengan pemasangan formworks. Progres kerja perlahan dan aktiviti terakhir di Blok D adalah pada 25 Sept 07. kerja pemasangan rebars masih belum dilaksanakan lagi. Site memo telah dikeluarkan pada 3 Okt 07 kepada pihak kontraktor supaya menyiapkan dengan kadar segera kerja pilecap. Kontraktor telah diarah untuk mengemukakan rectification proposal bagi deviated & overstressed piles.
BLOK E
tiada progres.
Lain-lain
- pada Jumaat 28 Sept 07, progres tapak terganggu apabila sub-kontraktor kerja utama (Blok A, B & C) mogok menyebabkan kerja konkrit di Blok C tertangguh lagi.
-pada Isnin 01 oct 07, mogok oleh sub-kontraktor kerja utama (Blok A, B & C) masih berterusan menyebabkan kerja konkrit di Blok C tertangguh lagi.
-sebahagian pekerja sediada terutama tukang kayu dan besi telah berhenti menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang menganggu kelancaran kerja tapak.
-bermula dari 11 Sept 07 sehingga hari ini khamis 04 Oct 07, talian telekomunikasi termasuk fax tidak dapat digunakan akibat pemotongan talian (kontraktor tidak menjelaskan tunggakan bil). Dua site memo pada 14 Sept 07 dan 25 Sept 07 telah dikeluarkan oleh pihak Perunding kepada kontraktor untuk menyegerakan sambungan talian supaya urusan kerja tapak tidak terjejas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Eid Mubarak to all PB's Lumut site team and other consultants staff.Be happy and take care.
Thulhah Jais.
Post a Comment