Kerja konkrit bagi 1st floor slab telah disiapkan melalui kerja konkrit yang berakhir pada Jumaat 25 April 08. Kerja konkrit tiang pada 1st floor telah dimulakan pada Selasa 29 April 08.
BLOK B
Kerja konkrit tiang pada 3rd floor dimulakan pada Sabtu 26 April 08. Lain-lain adalah kerja plumbing/m&e.
BLOK C
Kerja konkrit pada tangga ground floor dijalankan pada Isnin 28 April 08. Pemasangan besi dan brc bagi 3rd floor slab sedang dijalankan. Kerja bata sedang berjalan pada blok ini di ground floor.
BLOK D
Kerja konkrit tiang pada 1st floor berakhir pada Jumaat 02 Mei 08. Pembinaan formworks bagi 2nd floor slab berjalan.
BLOK E
Kerja pemasangan besi dan formworks tiang pada 1st floor sedang dijalankan. Pemasangan formworks pada 1st floor sedang berjalan. Kerja konkrit tiang pada ground floor sedang dijalankan.
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Tiada aktiviti sepanjang minggu ini.
Nota: -kerja bata di blok B dan C perlahan akibat sebahagian pekerja subkontraktor kerja bata telah ditamatkan oleh pihak kontraktor akibat tahap kerja bata tidak memuaskan. Pada Isnin 28 April 08 dan Selasa 29 April 08 hanya ada lebih kurang 2-3 pekerja bata sahaja. (dimaklumkan sebahagian pekerja baru dalam proses pengambilan)
-lawatan Laksamana Muda TLDM Datuk Pahlawan Ir Jashan Bin Aphandi; Asistan Ketua Prasarana pada Rabu 30 April 08. Taklimat tapak dilakukan oleh Jurutera Residen beserta lawatan ke tapak projek kemudiannya.
-Cuti Hari Pekerja pada Khamis 01 Mei 08.
No comments:
Post a Comment