Friday, March 14, 2008
Progres Tapak Pada 14 Mac 08
Pemandangan Panorama (diambil pada Jumaat 14 Mac 2008)-Klik photo untuk imej lebih besar
BLOK A
Kerja konkrit ground floor columns di dalam progres. Walaubagaimana pun bagi ground floor columns yang dikonkrit pada Isnin 03 Mac 08 terdapat honeycomb yang serius dan sebahagiannya tidak diterima. 10 nos tiang dalam proses dipecah dan dibina semula, bermula pada Khamis 13 Mac 08
kerja memusnah dan membina semula tiang-tiang yang tidak diterima (rejected columns) di blok A (gambar pada Khamis 13 Mac 08)
BLOK B
Mogok melibatkan kerja konkrit di blok ini telah berlarutan sehingga tarikh laporan ini 14 Mac 08 semenjak Rabu 05 Mac 08 (13 hari tiada aktiviti kerja besi/formworks/konkrit). Walaubagaimana pun kerja elektrikal dan juga plumbing di dalam progres di blok ini. Kerja bata dijalankan pada ground floor dan dijalankan tanpa pengawasan pihak arkitek.
Progres kerja bata di ground floor blok B (gambar diambil pada Rabu 12 Mac 08)
BLOK C
Mogok masih berlarutan kerana subkontraktor bagi kerja konkrit juga melakukan kerja konkrit Blok B. Kerja M&E di dalam progres di blok ini.
BLOK D
Progres kerja pada 1st floor slab. Kerja pemasangan bottom wire mesh telah dimulakan pada Khamis 13 Mac 08. Lambat kerana pekerja-pekerja tidak berkemahiran.
BLOK E
Tiada aktiviti semenjak 18 Feb 08. Hanya pada Isnin 10 Mac 08, kerja pembinaan struktur konkrit disambung kembali pada ground floor columns.
BANGUNAN PENCAWANG ELEKTRIK
Progres kerja pada TNB trench. walaubagaimana pun kerja konkrit pada TNB trench yang dijadual pada hari ini ditangguhkan kerana pembekal konkrit tidak dapat membekal konkrit diminta.
Nota:
-Kerja bata dijalankan di Blok B tanpa pengawasan perunding akitek, ini menyebabkan kerja pemasangan jaringan besi EXMET salah dilakukan (memo tapak telah dikeluarkan berhubung ini) begitu juga pembinaan window coping menggunakan bata (bukan RC seperti didalam lukisan arkitek). Kesilapan ini telah dikesan oleh perunding PB dan pihak kontraktor telah dimaklumkan agar kesilapan ini diperbaiki.
pembinaan window coping menggunakan bata. Ini tidak diterima. (gambar diambil pada Rabu 12 Mac 08)
pembinaan bata disebelah kiri tingkap yang sepatutnya diletakkan stiffener disitu(juga pintu bersekali disitu) (gambar diambil pada Rabu 12 Mac 08)
-Kerja pembinaan struktur konkrit di Blok D telah mencapai tahap tidak cekap dan membazirkan masa. Subkontraktor baru Blok D telah memulakan kerja pembinaan konkrit pada 22 Februari 08 dengan menyambung kerja bekas subkontraktor terdahulu, walaubagaimanapun sehingga tarikh laporan ini 14 Mac 08, ianya masih belum siap (sudah melebihi tiga minggu; sepatutnya satu floor slab harus disiapkan dalam tempoh dua minggu)
-stor paskal masih tidak siap; tiada akitiviti kerja sepanjang laporan minggu ini. Yang demikian kerja tanah dan penyiapan cerun di belakang Blok D tidak dapat dimulakan disamping risiko pencemaran lumpur pada blok penginapan PASKAL TLDM akibat kerja temporary drainage masih tidak dilakukan. Kekerapan hujan tinggi kebelakangan ini.
-terdapat pertukaran pengurus projek baru pada selasa 12 Mac 08. walaubagaimana pun pengurus baru ini telah berada di tapak semenjak Khamis 06 Mac 08.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam sejahtera,
1.Kualiti konkrit pada column blok A walaupun telah dibuang keluar tetapi mohon sediakan gambar-gambar berkaitan dan setiap column yang terlibat.
2.Temporary drainage diseluruh kawasan dan desilt dilongkang keliling paskal adalah peringatan berulang dan jika perlu NCR dicadangkan dikeluarkan.
3.Ketiadaan COW akitek - tindakan segera dari akitek adalah dihargai dan dicadangkan semua permasalahan yang berkaitan dimajukan terus kepada akitek.
Sekian.
Post a Comment